in

“Goreng is not good”, Resipi Khairulaming Ditegur Kerana Guna Terlalu Banyak Minyak

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tibanya bulan Ramadan, resipi dari Khairulaming adalah antara yang ditunggu-tunggu oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Resipi yang dikongsikan pempengaruh itu rata-ratanya mudah untuk diikuti oleh orang ramai.

Pada hari ke sembilan berpuasa, Khairulaming ada berkongsikan resipi sambal hijau bilis dan telur dadar. Menerusi video tersebut, dia ada menunjukkan proses gorengan telur dadar dan sambal hijau tersebut yang kelihatan enak dan menggiurkan.


Bagaimanapun, video tersebut ternyata kurang disenangi oleh beberapa pihak yang beranggapan resipi tersebut terlalu menggunakan banyak minyak.

Fshzn 1Aiaeb1Ed

Antara individu yang menegur ialah Dr. Rafidah, seorang pempengaruh di media sosial. Dalam satu ciapan, Rafidah menegur resipi Khairulaming terlalu menggunakan banyak minyak. Malah, dia juga menasihati makanan yang digoreng adalah tidak sihat untuk dimakan.

“Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK.”, tegurnya dalam satu ciapan.

Teguran tersebut mendapat persetujuan ramai pihak. Namun, sebilangan warganet berpendapat teguran tersebut adalah tidak wajar kerana resipi tersebut memang memerlukan proses menggoreng untuk merealisasikannya.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mempersoalkan teguran Rafidah yang dilihat tidak berasas memandangkan proses pembuatan sambal memerlukan minyak dan perlu digoreng.

“Tapi itu kan sambal, memang la kena goreng? Macam mana tak guna minyak untuk goreng sambal?”, tegur seorang warganet yang kurang bersetuju dengan pendapat doktor tersebut.

“Dia kongsi resipi je. Dia tak bertanggungjawab ke atas masalah kesihatan rakyat Malaysia. Kita semua dah besar..”, tulis seorang individu dalam satu ciapan.

Meskipun resipi Khairulaming dilihat kurang sesuai untuk sesetengah pihak, ia adalah tanggungjawab kita untuk menjaga pemakanan dan kesihatan diri sendiri.

BACA: Berjaya Buka Kilang & Cipta Peluang Pekerjaan, Tun Mahathir Kagum Kejayaan Khairulaming

Cats 4

Sumber: Khairulaming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.