Kebanyakan negara terutamanya di Asia kini sedang berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku kerana coronavirus. Penularan virus yang bermula dari Wuhan, China itu dijangka meningkat ketika perayaan Tahun Baru Cina kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Virus ini dipercayai datang dari haiwan liar yang dijual secara meluas di negara itu. Masakan tidak, rakyat China memang suka makan haiwan liar dan semalam saintis berpendapat sup kelawar mungkin menjadi salah satu penyebab virus yang boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia.
https://twitter.com/littleivy6/status/1220213697294897152
Pada mulanya semua dimaklumkan tentang simptom awal coronavirus ini iaitu demam, batuk, sakit tekak dan selsema. Ramai dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor jika mengalami mana-mana simptom tersebut.
Betapa bahayanya virus ini sampaikan pihak medik terpaksa meletakkan mangsa ke dalam tiub bertutup kerana tak mahu orang lain turut dijangkiti!
Menurut The Sun, rakaman menunjukkan mangsa jangkitan dibawa ke hospital di dalam tiub plastik dekat Wilayah Guangdong, China viral. Video berdurasi 17 saat itu dimuat naik oleh Radio Free Asia juga menunjukkan doktor dan pasukan medik memakai sut serta pakai topeng di muka ketika mengendalikan mangsa.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 20 ahli perubatan di China telah dijangkiti selepas mereka merawat dan mengendalikan pesakit coronavirus. Hospital juga menjadi sesak selepas dipenuhi ramai orang semenjak virus ini merebak di Wuhan.
Seramai 26 orang juga telah dijangkiti di wilayah Guangdong dan 3 daripada mereka kini berada dalam keadaan kritikal. Mengikut laporan, coronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang sejak virus ini menular.
A crowded hospital in #Wuhan due to the recent Corona Virus outbreak. #Coronavirus#CoronavirusOutbreak pic.twitter.com/wU4W235RpX
— Coronavirus Updates (@CoronaWiki) January 24, 2020
“JANGAN DATANG KE WUHAN”
Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang menasihatkan agar pelancong untuk tidak datang ke Wuhan selain meminta 11 juta penduduk di situ tidak keluar dari bandar.
Sekiranya tidak perlu, kami mencadangkan agar orang ramai tidak datang ke Wuhan.”
Lapangan terbang yang dipenuhi ramai kerana sambutan Tahun Baru Cina yang bermula esok juga dilengkapi dengan hand sanitizer di setiap meja atau kaunter. Staf juga sentiasa memakai sarung tangan dan topeng muka semenjak coronavirus merebak. Malah setiap orang di lapangan terbang juga akan diperiksa sebelum dibenarkan menaiki pesawat dan selepas mendarat.
Tonton video di bawah:
Takutnyaaaaa