Sebenarnya dekat Malaysia ni ramai je orang yang kreatif dalam mencipta atau mengolah sesuatu benda tu.
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai @Hezline Atherra, telah berkongsi di laman Facebook beberapa keping gambar kolam yang diciptanya bersama ahli keluarga yang lain secara do it yourself (diy) di tepi rumah.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2224243887675515&set=pcb.2224244667675437&type=3&__tn__=HH-R&eid=ARBgjbzwHBiOVM8ZIahlZU5BP-LkW-ElcTzeU4OuVAzEnNsqpL-2tnYAX6DpfMEr8gUdITOzqe0RXYXj
Kolam yang diberi nama kolam garden telah berjaya disiapkan oleh wanita ini bersama-sama ahli keluarganya yang lain dalam masa sebulan dan kos mencecah Rm5 ribu ringgit. Harga tu bukan untuk kolam tu sahaja, tapi juga gazebo dan beberapa kelengkapan lain.
Menurut wanita ini bukan hanya dia sahaja yang bertungkus lumus untuk menyiapkan kolam garden ni, tapi dia turut meminta bantuan adik-beradiknya yang lain serta suami.
Proses mengorek tanah sedalam lima kaki itu mengambil masa dua minggu kerana kebanyakkan masa mereka melakukannya dalam waktu malam disebabkan kekangan masa pada waktu siang.


cari bahagia untuk diri sendiri”
Tambahnya lagi, tujuan dia membuat kolam ini adalah untuk anak-anaknya selain untuk kebahagiaan kepada diri sendiri dan juga keluarganya.
Namun ada juga netizen yang mengatakan bahawa sistem pengairan kolam ini kurang sempurna dan boleh jadi tempat pembiakkan aedes.

Kejap! rasanya dekat Facebook Hezline ni ada tunjuk proses dia buat kolam.

Siap ada proses pengujian nak tahu bocor ke tak.

Setelah semua faktor dianggap sempurna, maka kolam garden ini sudah sedia untuk digunakan dan ini lah hasil kolam oleh mereka sekeluarga.

“Wah siap ada bbq party”

Nampak simple je, tapi kalau pandai buat dan hias memang cantik lah. Ni kalau penat-penat lepastu lepak dekat gazebo tu mesti tenang je.