in

Nampak Pelik & Seram, Keadaan ‘Misteri’ Rumah Zalina Azman Jadi Perbualan Netizen

rumah zalina azman scary seram pelik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini, sering diperkatakan mengenai bekas pembaca berita TV3, Zalina Shaharah Azman yang dikatakan hilang tanpa dikesan sejak November tahun lalu.

Jika sebelum ini, ada yang mendakwa ‘terjumpa’ wanita mirip Zalina di sebuah cafe dekat Seksyen 9 Shah Alam, dakwaan itu telah dinafikan pihak polis yang membuat semakan bahawa individu tersebut adalah gelandangan dan bukan pembaca berita tersebut.


zalina23 1658284062

Rumah Zalina terbiar, nampak scary

Sejak kes tersebut tersebar, hasil tinjauan media mendapat rumah Zalina di Seksyen 3 Shah Alam kelihatan tidak tersusun, lengang dan pembinaan pagar juga seakan-akan tidak siap.

Malah jirannya yang merupakan pemilik pusat tahfiz dan telah tinggal di kawasan tersebut selama 40 tahun berkata, dia tidak pernah berselisih mahupun bersemuka dengan Zalina semenjak wanita itu berpindah ke rumah tersebut beberapa tahun lepas.

Justeru itu, isu ini menjadi perbualan hangat netizen di Twitter yang mana rata-rata berpendapat keadaan rumah itu kelihatan agak pelik dan seram jika dilihat menerusi rakaman berita di televisyen.

zalina 1

51658220446 freesize

zalina 2

zalina 3

“Red door entrance, macam cerita Insidious” 

Dalam pada itu, ramai juga di kalangan netizen mula membuat spekulasi masing-masing yang mana ada yang mengatakan mungkin Zalina sudah ke luar negara dan ada juga yang mengatakan wanita itu mungkin sudah diculik kerana barang-barang di rumahnya kelihatan tidak berusik.

andaian

Buat masa ini, rakan seperjuangan Zalina seperti Ras Adiba juga telah melancarkan inisiatif untuk mencari sahabat mereka di sekitar Shah Alam.

Diharapkan usaha itu membuahkan hasil dan Zalina bakal ditemui dalam keadaan baik-baik sahaja. Jika korang ada sebarang info mengenai hal ini, bolehlah laporkan mengenainya di balai polis berdekatan.

Baca: “Tidak pernah nampak kelibatnya” – Zalina Azman Dan Jiran Tidak Pernah Bertegur Sapa

zalina azman

Sumber: Twitter
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.