in

“Nampak motor atas jalan tu, hancur hati saya” – Pelajar Hiba Hilang 3 Rakan Baik Sekaligus

Ft Rrakan Baik Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar jurusan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hazarul Ashwaq Azhar, 20 masih tergamam kerana kehilangan 3 sahabat baiknya sekaligus.  Menurut Hazarul, arwah Khairil Anwar Jamaludin merupakan rakan sebiliknya.

Manakala 2 lagi mangsa, Ku Adib Aizad Ku Azmi pernah menjadi rakan sebilik ketika semester satu dan Muhammad Akmal Md Tukirin juga kenalan dan sahabat baiknya di universiti itu.


Artikel berkaitan : Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Meninggal Dunia, Video Gelagat Wanita Disyaki Kurang Siuman Tular

Artikel berkaitan : Baru Pulang Makan, 3 Pelajar UiTM Dungun Maut Dirempuh Wanita Disyaki Tidak Siuman

2840987

“Waktu kejadian saya tiada bersama mereka, cuma saya rasa tak sedap hati bila orang beritahu ada kemalangan dekat dengan kampus. Saya cuba telefon ketiga-tiga nombor kawan saya malangnya tidak bersambung.”

“Saya diminta oleh beberapa polis untuk mengecam mangsa yang meninggal dunia. Masa nampak motosikal dan mayat bergelimpangan atas jalan tu, hancur hati saya.”

“Ya ALLAH, betullah semua yang meninggal kawan baik saya, sahabat yang sentiasa ada dengan saya. Saya rasa kehilangan, tak dapat nak gambar dengan kata-kata.” 

Katanya lagi, kesemua sahabatnya itu tidak menunjukkan perubahan ketara sebelum meninggal dunia namun mereka sempat merakam kenangan indah bersama yang tidak dapat dilupakan.

“Paling saya sedih rakan sebilik saya, (Khairil Anwar). Saya sedih sangat sebab sebelum dia ‘pergi’ saya sempat belikan dia ‘roti boy’. Itulah hadiah terakhir saya.”

“Dia pun ada kongsi pada saya, dia beli baju baru untuk pakai pergi kelas. Dia tanya saya ‘ok’ tak, saya kata ‘ok’. Malangnya dia tak sempat pakai baju tu untuk ke kelas. Dia hanya sempat pakai baju tu depan saya.”

“Sebelum dia pergi pun, dia ada ajak saya makan bersama tetapi saya tak pergi, saya kata saya penat. Ya ALLAH, saya rasa menyesal sangat tak pergi waktu tu.”

2840988

Muhammad Akmal yang merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan akan dibawa pulang ke Muar, Johor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru, Batu 18, Ayer Hitam.

Khairil Anwar, 20, Sarjana Muda Sains Perakaunan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, Selangor manakala Ku Adib Aizad, 20, pelajar Sarjana Muda Sains Perakaunan akan dibawa pulang ke Sungai Buloh, Selangor.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.