Pada Ahad lalu, anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Tengku Muhammed Hafiz telah melangsungkan perkahwinannya di Dataran Putrajaya, berhadapan dengan Istana Kehakiman.
Perkahwinan yang meriah tersebut dihadiri oleh 10,000 tetamu dan dijalankan dengan ‘norma baharu’ yang mana ia diadakan secara ‘drive thru’. Wow idea bagus kalau nak jemput ramai orang ni.
https://www.instagram.com/p/CJAoXEmnADP/
Selain wedding ala ‘drive thru’ tersebut, perkara lain yang menarik perhatian ramai ialah kecantikan isteri kepada pengantin lelaki yang juga menantu Tengku Adnan bernama Oceane Cyril Alagia.
Ocean yang juga instafamous terkenal ini katanya memiliki darah kacukan Perancis dan Indonesia. Ibu Ocean berasal dari Jakarta, manakala bapanya pula dari Perancis. Patutlah lawa orangnya.
https://www.instagram.com/p/CI8IIJAHolu/
Mengenakan 4 busana perkahwinan daripada 4 budaya yang berbeza
Apa yang lebih menarik, pasangan ini telah merakam gambar pre-wedding mereka dengan mengenakan busana perkahwinan bertemakan budaya yang berbeza iaitu Sulawesi, Acheh, Melayu dan Jawa.




“Aduh masyaAllah cantiknyaaaa” – Netizen
Kesemua gambar yang dimuat naik Oceane mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikan wanita tersebut yang seperti puteri dan ‘barbie’. Malah ketampanan anak Tengku Adnan juga mendapat pujian netizen Indonesia. Macam nilah kata orang bagai pinang dibelah dua.
Sama cantik, sama padan. Selamat Pengantin Baru!
Baca: Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia, Majlis Meriah Diraikan Dengan Cara Punjabi di India