Siapa sangka, patung kucing ikonik di Padungan, Kuching kini tampil lebih menawan dan nampak hidup setelah matanya dilukis semula oleh seorang artis tempatan.
Sebelum ini, rata-rata penduduk Kuching berpendapat patung tersebut kelihatan seakan-akan ‘terkejut’. Namun, dengan sentuhan kreatif Gerald Goh, mata patung kucing itu telah dilukis semula dengan warna biru yang menjadikannya tampak hidup dan mesra.
Dalam hantaran di laman Facebooknya, Gerald berkongsi bahawa dia terinspirasi untuk memberi patung ini satu “True Blue Vision”.
Jelasnya, visi tersebut melambangkan pandangan optimistik terhadap masa depan Kuching yang lebih cerah dan progresif.
Sudah tentulah, tindakan Gerald telah menerima pujian dan sambutan luar biasa di media sosial, terutamanya dalam kumpulan Facebook popular “Kuching – Then and Now”.
Kini, hantaran tersebut telah meraih hampir 15,000 tanda suka dan 1,100 komen.
Artikel berkaitan: 13 Tahun Menghilang, Penulis Lirik Kongsi Khabar & Foto Terkini Anita Sarawak Bersama Suami
Artikel berkaitan: Bot Regata Karam, 5 Mangsa Ditemukan Lemas Di Muara Sungai Sarawak
Antara komen yang mencuri perhatian adalah daripada Siong Siong Lydia, yang berkata bahawa dia sangat menyukai mata biru yang dilukis pada patung kucing tersebut kerana ia membuatkannya kelihatan ‘hidup’ dan ‘bertenaga’.
Tidak kurang juga, ramai yang memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Gerald atas usaha kerasnya.
“Good job sir.. Nampak tak menakutkan da kucing tu.. Jadi sangat comel,” kata Shima Saraping.
“Honestly, looks very good. Such an amazing skill he has there,” kata Chris Ncj.
Terima kasih Gerald. Disebabkan usahanya, patung kucing tersebut nampak lebih cantik dan hidup!