Berita mengenai kemalangan melibatkan lori dengan muatan berat seringkali menjadi tajuk utama akhbar sejak akhir-akhir ini.
Terbaru semalam, tular sebuah video memaparkan sebuah lori membawa muatan batu bata tanpa penghadang melalui jalan utama di ibu kota.
Individu yang merakam video berkenaan meluahkan rasa risaunya melihat muatan batu bata yang tidak dihadang kerana bimbang jikalau ia terjatuh mengenai pengguna jalan raya yang lain.
@suraidahyacob78 Adoii seriau lalu sebelah lori yg mcm nih.. dahlah kemainnn laju ko kannn pastu bawak barang takde penghadang.. aiyoo i dunno physic kind of things .. but it looks dangerous kan.. .. ko rasa??!! #jpjmalaysia #malaysiaku #pikirkanorglainjuga #lorigila #kejartrip
Adoi seriau lalu sebelah lori yang macam ni. Dahlah kemain laju kan, pastu bawa barang tak ada penghadang.
“Aiyo, saya tak tahulah jenis fizik ini, tapi nampak bahaya kan? Kau rasa?” tulisnya.
Dalam video itu juga, dapat dilihat si pemandu kereta dengan pantas cuba memotong lori berkenaan untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini.
Artikel berkaitan: Suami Isteri Warga Emas Ditahan, Disyaki Sengaja Langg*r Lari Pemandu Lori
Artikel berkaitan: Ibu Bapa & Murid Tergamam, Lori Hilang Kawalan Rempuh 13 Kenderaan Depan Sekolah
“Batu tu sebenarnya diikat… cuma insan terpilih je nampak”
Video itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan kebimbangan jikalau batu bata berkenaan tiba-tiba jatuh ke jalan raya.
Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan perbuatan pemandu lori itu sebenarnya tidak bahaya, namun tidak menjelaskan sebab di sebalik kenyataan itu.
Harap pihak JPJ atau pihak berwajib yang lain dapat pantau dan beri penjelasan lanjut mengenai isu ini.
Sumber: TikTok