Sebelum ini pelakon popular, Fasha Sandha terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut ahli keluarga baharu susulan keguguran, Jun lalu.
Berita sedih yang dikongsi Fasha menerusi laman Instagramnya itu turut dirasai peminatnya yang turut sama mendoakan Fasha dan suaminya, Aidil Aziz tidak berputus asa untuk hamil lagi.
Terbaharu beberapa keping gambar yang dikongsi Fasha telah mencetuskan persoalan netizen kerana menampakkan susuk tubuhnya seperti sedang hamil.
Rata-rata netizen mengesyaki Fasha kini sedang mengandung namun tidak diiyakan tuan empunya badan.
Kebanyakkan pengikut juga menulis kata-kata tahniah dan mendoakan keselamatan bayi dalam kandungan serta dirinya sehingga bersalin.
Jika betul, Alhamdulillah dan tahniah buat Fasha dan Aidil.