in

“Nampak anak cium pak guard” – Pengawal Keselamatan Sekolah Ditahan Lepas Kantoi Rogol Budak Form 1

Collage 11

Astaghfirullah! Memang kena betul dengan peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”. Geram admin baca berita ini.

Menurut NST, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Balik Pulau telah ditahan kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan remaja berusia 13 tahun sejak Februari lalu.

Gambar hiasan

Hubungan cinta terlarang ini terbongkar selepas ibu mangsa melihat anaknya bercium dengan pengawal keselamatan tersebut sebelum memaksa anaknya untuk berterus-terang tetapi gagal.

Kerana risaukan keselamatan anaknya, ibu remaja ini telah membuat laporan polis dengan harapan hubungan mereka dapat dihentikan.

Ekoran laporan dari ibu mangsa, pihak polis telah menahan suspek di tempat kerjanya tengahari tadi untuk disoal siasat.

Ketua Polis Daerah A.A. Anbalagan berkata, suspek sudah pun berkahwin dan mengaku menjalinkan hubungan dengan remaja tersebut.

Suspek mengaku pernah melakukan seks dengan mangsa sekali pada bulan lepas di dalam pondok pengawal.”

Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut dan mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan kesihatan.

Kalau ikutkan suspek ni memang salah kerana budak ni masih bawah umur dan tak boleh berfikir dengan baik lagi tapi kita serahkan je lah dekat polis untuk lakukan siasatan. Admin kesian dekat isteri lelaki ni.

Baca: Budak 14 Tahun Dipaksa Minum Arak & Dirogol Beramai-ramai Oleh Lelaki Yang Dikenali Di Facebook

Tersangka Pemerkosa Dan Perampas Motor Sidoarjo 3