in

Nama Tersenarai Dalam Mahkamah Syariah, Isteri Faisal Halim Tuntut Cerai?

ft isteri faisal halim tuntut cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu berita tergempar timbul apabila nama isteri kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril terpapar dalam satu senarai di Mahkaman Rendah Syariah Klang, Selangor hari ini.

Menerusi mStar Online, nama dalam senarai tersebut dikatakan sedang membuat sebutan kes di mana Nur Syazwani dilaporkan sedang memfailkan tuntutan cerai.


Artikel berkaitan : “Saya & JDT tidak perlu turunkan diri serendah itu” – TMJ Respon Isu Kes Faisal Halim

Artikel berkaitan : Siasatan Kes Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Diklasifikasikan Sebagai NFA

Menurut sumber, sebutan perceraian pasangan itu berlaku pada jam 2.30 petang tadi dan kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim. Sebagai rujukan, Faisal pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia akibat serangan disimbah asid di sebuah pusat membeli belah di ibu kota pada Mei tahun lalu.

Screenshot 2025 09 02 155001

Untuk rekod, Faisal mula mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Khalish Aryan.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.