in

“Nama je kebetulan sama” – [VIDEO] Gadis Minta Maaf Ulas Kes Zulfarhan, Nafi Dia GF Salah Seorang Tertuduh

Collage 8

Semalam, tular di media sosial apabila seorang gadis mendakwa dia tahu cerita sebenar disebalik kes kematian Zulfarhan dengan mengatakan kesalahan tidak boleh diletakkan 100% di bahu tertuduh.

Disebabkan ini, ramai yang mengecam tindakan gadis bernama Jiha itu sehingga dia perlu menutup akaun media sosialnya.

Tak cukup dengan itu, semalam Jiha turut membuat live menerusi Instagram peribadinya bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Fdq3E1Guyaaeqc2 1

Jangan cepat sangat menghukum orang

Dalam siaran langsung yang dibuatnya, Jiha telah meminta orang ramai untuk tidak cepat menghukum sebelum tahu cerita sebenar.

Kita manusia ni janganlah mudah sangat nak nampak salah orang tu je. Janganlah mudah sangat nak menghukum orang. Kau kajilah dulu benda tu betul-betul dulu.

“Lagi satu, aku berani tweet macam tu sebab memang aku tahu cerita sebenar tapi minta maaf sangat-sangat, minta maaf banyak-banyak tak boleh nak cerita.

“Kalau cerita nanti dia jadi makin panjang. Arwah pun dah tenang dekat sana lepastu yang lain-lain pun dah pun dijatuhkan hukuman apa semua.”

Selain itu, gadis ini turut meminta maaf atas tweet yang dibuatnya sebelum ini.

Harap lepas ni tak ada apalah isu ni. Aku minta maaf sangat-sangat minta maaf. 

“Yes, saya pun ada silap jugak pasal tweet tu. Tak fikir dulu pasal tweet tu.”

“Senang-senang je cakap aku ni gf dia”

Screenshot 2021 11 05 At 10.43.37 Am

Menjawab persoalan netizen mengenai hubungannya dengan salah seorang tertuduh. Jiha dalam live yang sama telah menafikan perkara tersebut dan memberitahu yang dia bukanlah teman wanita kepada salah seorang pelaku.

Saya takde apa apa hubungan pun dengan lelaki tu. Dorang ni sebenarnya saja je cakap Jiha ni gf antara si pelaku tu.

“Padahal nama je kebetulan sama Najiha. Lah lepastu senang-senang je cakap aku ni gf dia. Kau dah kenapa?”

Selain Jiha, kakaknya juga turut mengesahkan bahawa gadis tersebut tak mempunyai apa-apa hubungan dengan tertuduh dan mengatakan yang keluarga mereka rapat dengan keluarga tertuduh.

Apa yang boleh kitaorang cakap, family dia dengan family kitaorang ni ‘closing’ (rapat) boleh dikatakan itu biarlah personal kitaorang.”

Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni:

Begitulah ceritanya, memandangkan gadis ni dah jelaskan kenapa dia tak boleh nak dedahkan cerita sebenar, kita pun tak payahlah panjangkan cerita. Harapnya lepas ni jadi pengajaran untuk fikir dulu sebelum cakap sesuatu.

 

Baca: Gadis Dikecam Lepas ‘Cakap’ Pasal Arwah Zulfarhan, Netizen Korek Rupanya GF Salah Seorang Tertuduh?

Collage 5