in

“Nama buah, buahnya tak ada” – Pelanggan Heret Kafe Terkemuka Ke Mahkamah, Tuntut RM24 Juta!

Ft Kafe Terkenal Disaman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kafe yang terkenal baru-baru ini telah diarahkan oleh hakim persekutuan untuk berdepan tuntutan mahkamah yang mendakwa beberapa minuman berasaskan buah yang di jual di kafe berkenaan tidak langsung mempunyai buah yang dinyatakan.

Hakim Daerah A.S. John Cronan menolak permintaan kafe tersebut untuk mengetepikan sembilan daripada 11 tuntutan tersebut kerana “sebahagian besar pengguna” akan menganggap bahawa minuman yang dipersoalkan mengandungi buah dalam nama mereka.


Kafe terkenal berkenaan bagaimanapun mengatakan dakwaan tersebut adalah “tidak tepat” dan “tiada merit”.

Pexels Min An 1441122 1

Terdahulu, satu aduan telah difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Daerah Selatan New York mendakwa kafe terkemuka berkenaan terlibat dalam amalan palsu dan menipu dalam pemasaran dan penjualan beberapa minuman penyegarnya.

Minuman tersebut termasuk : Mango Dragonfruit Lemonade Refreshers dan Mango Dragonfruit Refreshers yang menurut plaintif tidak mengandungi mangga; Strawberry Acai Lemonade Refreshers dan Strawberry Acai Refreshers yang didakwa tidak langsung mengandungi beri acai dan Pineapple Passionfruit Lemonade Refreshers dan Pinapple Passionfruit Refreshers yang didakwa plaintif tidak mengandungi buah markisa.

Sb

Menurut kenyataan hakim, berdasarkan pemasaran yang dilakukan, Joan Kominis dari New York dan Jason McAllister dari California mendakwa “ramai pengguna” membeli minuman berkenaan dengan andaian ianya mengandungi kesemua buah seperti yang tertera pada nama mereka, namun produk yang dibeli langsung tidak mengandungi mangga, buah markisa mahupun acai.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Macam Minum Air, Lelaki Arab Teguk Susu Pekat Buat Ramai Risau

Artikel berkaitan : Tak Faham Bahasa Inggeris, Pelajar Universiti Terpaksa Bayar RM44 Untuk Secawan Kopi

Plaintif mengatakan bahan utama dalam minuman ini ialah air, jus anggur pekat dan gula, dan minuman itu “berbeza daripada produk kafe berkenaan yang lain” kerana minuman itu sebenarnya tidak mengandungi item dalam namanya.

Merujuk kepada minuman lain di kafe berkenaan, pengadu memberi contoh seperti minuman coklat panas, yang mengandungi koko, matcha latte mengandungi matcha, dan teh pudina madu juga mengandungi kesemua bahan tersebut tetapi tidak minuman yang dibeli mereka.

Pun begitu, kafe berkenaan mempertahankan menu mereka dengan mengatakan nama buah tersebut digunakan bagi menggambarkan rasa minuman tersebut tetapi ianya ditolak oleh hakim.

Plaintif menuntut ganti rugi melebihi $5 juta iaitu sekitar RM 24 juta.

Sumber : Today

Sumber: Yahoo News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.