in

“Nak tunjuk King” – Ramai Berang Pemandu MyVi Cuba Pecut Depan Gajah

syaz ft 2025 07 14T112853.376

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cubaan seorang pemandu Perodua Myvi untuk memecut melepasi seekor gajah liar yang melintas jalan di Gerik, Perak, mencetuskan kemarahan netizen.

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, pemandu Perodua MyVi itu dilihat cuba memotong dengan laju seekor gajah yang berada di bahu jalan itu, malah lebih menimbulkan kemarahan kereta itu dilihat membuka lampu depannya.


Artikel berkaitan: Gajah ‘Melawat’ Kedai Runcit, Sempat Ambil Beberapa Pek Makanan

Artikel berkaitan: “Baik tak bertempat” – NGO Diarah Hentikan Beri Makan Gajah Liar Di JRTB

@mamukhabir

kerana kebodohan Myvi, org lain jd gelabah… 10 July 2025 bukit Jeli – Gerik @Noor Azlida #tmax #fyp #jeli #gerik #gajahviral

♬ bunyi asal – Mamu Khabir – Mamu Khabir

Menerusi hantaran TikTok mamukhabir itu dapat dilihat ramai yang berang dengan tindakan pemandu MyVi itu dan ada yang mendakwa pemandu itu hanya mahu dilihat ‘berani’.

cats 8

Sebagai info, menerut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), jika anda ternampak atau berdepan dengan gajah ketika memandu, anda perlu perlahankan kenderaan atau berhenti, jangan keluar dari kenderaan, jangan bunyikan hon dan segera hubungi PERHILITAN.

Dalam pada itu, video yang dikongsikan itu sudah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan serta lebih 400 komen.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.