in

“Nak tak kahwin dengan suami saya” – Lepas Jadi Janda, Ada Wanita Melamarnya Untuk Jadi Madu

ft wanita lamar isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu keputusan yang agak sukar buat si isteri apabila dia dimadukan, namun begitu berbeza dengan wanita berusia 37 ini, dia dengan terbuka melamar seorang wanita untuk menjadi isteri baharu suaminya.

Isteri pertama yang dikenali sebagai Chinta Arjuna berkata, dia memberi keizinan kepada suaminya itu untuk kahwin lagi satu pada hari ulang tahun perkahwinannya yang ke 10, hari tersebut juga merupakan ulang tahun kelahiran suaminya.


Bukan atas kehendak suami

Jelasnya lagi, biarpun sudah mendirikan rumah tangga selama sedekad, mereka masih belum menimang cahaya mata, akan tetapi itu bukanlah alasan utama untuk dia cari madu.

Dia menegaskan bahawa, dia sangat ikhlas untuk menerima wanita berstatus janda anak dua itu sebagai madunya kerana ingin membantu ‘memuliakan’ dan menjaga maruah wanita tersebut.

“Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama. Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.”

“Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya?,” katanya kepada Sinar Harian.

Screenshot 2023 08 23 192828

Tambahnya lagi, pernikahan itu bukan sama sekali atas keinginan suaminya, dia sendiri yang berbesar hati melamar wanita itu tanpa pengetahuan sesiapa.

“Alhamdulillah, ALLAH permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.”

“Pada tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu dan kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun suami.”

Screenshot 2023 08 23 192845

Chinta Arjuna juga reda dengan ketentuan ilahi jika perkahwinannya selama 10 tahun ini menemui noktah dengan penceraian. Dia sentiasa berdoa agar keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik.

“Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana ALLAH yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat.”

Memang rare kalau isteri macam ni, semoga Allah memudahkan segara urusannya. Amin.

Baca : “Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang” – Abang Tesla Respon Sebab Berpoligami?

ft abang tesla jawan kahwin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.