UMNO dah jatuh miskin ke?
Khabarnya UMNO Selangor ada masalah kewangan sampai kena sewakan bangunan milik dorang. Betul ke ni?
Menurut The Malaysian Insight, UMNO Selangor khabarnya bercadang nak sewakan bangunannya di Shah Alam untuk meraih sumber pendapatan baru. Ini dikatakan sebagai salah satu penyelesaian untuk dorang tangani masalah kewangan yang menimpa parti politik Melayu ini.
Disebabkan tu, UMNO Selangor mungkin dipindahkan ke pejabat lama yang terletak di Jalan Ipoh bagi meneruskan kerja-kerja pengurusan parti.
Difahamkan, masalah kewangan yang timbul tu adalah kerana akaun bank parti tu dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak bulan Jun yang lalu. Pembekuan akaun tersebut dikatakan ekoran siasatan kes 1MDB yang masih berterusan dan belum dapat diselesaikan pihak berkuasa.
“Selain itu, sumber turut mengatakan pergerakan itu agak sukar beroperasi seperti biasa disebabkan akaun banknya berkemungkinan dibekukan selama 12 bulan.”
Pun begitu, rata-rata pemimpin UMNO katanya menafikan khabar angin berkenaan dan mendakwa dorang tidak pernah mengadakan cadangan sebegitu.
Tapi Ketua UMNO Bahagian Ampang Ismail Kijo memberitahu bahawa sebelum ni pernah ada pemimpin bercadang pejabat UMNO Selangor dipindah ke lokasi yang lebih murah kosnya.
Mana satu yang betul ni..