Baru-baru ini, seorang wanita telah dedahkan di media sosial mendakwa dia telah diganggu oleh seorang anggota keselamatan yang bertugas di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor.
Menurut wanita tersebut, ketika dia masuk ke laluan masuk pertama, seorang petugas memakai pakaian celoreng telah meminta dia menunjukkan kad pengenalan dan akaun MySejahtera sebelum mengoratnya.
Dikatakan, anggota keselamatan tersebut telah menggunakan perkataan “cucuk” secara lucah dan turut sertakan isyarat lucah sambil digelakkan oleh anggota berpakaian celoreng lain.
Nak saya cucuk awak ke? (Sambil dia tunjuk isyarat satu jari telunjuk dimasukkan dalam genggaman tangan satu lagi).”
Selain itu, seorang lagi petugas lain telah memberikan komen tentang pakaiannya dan bergurau mengatakan ‘I love you‘ dalam bahasa Cina.
Pun begitu, wanita ini turut mengatakan, petugas lain yang membantunya mengisi borang, tunjuk arah, bagi kad, ambil gambar, doktor yang memberi penerangan dan jururawat pemberi vaksin telah menjalankan tugas mereka secara profesional.
Polis Siasat Dakwaan
Ekoran ini, wanita berusia 32 tahun ini telah pun membuat laporan polis pada jam 4.56 petang pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya telah pun merakam keterangan wanita tersebut terhadap anggota keselamatan yang bertugas di PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada), lapor MalaysiaKini.
Kenyataan pengadu telah dirakam dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan.