Baru-baru ini, dua video berdurasi 3 minit 35 saat yang dimuat naik di media sosial pada 24 Oktober telah meraih perhatian netizen.
Video tersebut menunjukkan pemandu kereta Perodua Myvi membuli pemandu Proton Persona dengan menggunakan senjata dipercayai besi untuk memukul kereta Proton Persona.
https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/659568172397733/
Ekoran ini, pihak polis Penampang telah berjaya mengesan pemilik video tersebut untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Bin Haji Ibrahim, siasatan mendapati, dua video tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan dimuat naik ke media sosial bagi mendapatkan viewer yang tinggi.
Ekoran ini juga, pihak polis turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Dalam masa sama, Mohd Haris menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam memuat naik dan berkongsi kandungan di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.
Alahai, tak pasal-pasal je jadi kes polis…
Baca: Lelaki Pukul Pengawal Keselamatan Dalam Video Viral, Berdepan Tuduhan Membunuh

