in

“Nak privacy xyah la order COD”- Netizen Geram Tengok Notis Yang Ditampal Untuk Rider Di Pintu Rumah

f3 barang cod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan sesetengah orang gemar menggunakan perkhidmatan COD atau cash on delivery untuk barangan yang mereka beli secara dalam talian.

Ini kerana COD memudahkan mereka yang tidak mempunyai online banking untuk memesan barang atau makanan.


Namun, janganlah kita menyalah gunakan servis COD sehingga menyusahkan rider atau mereka yang bekerja sebagai penghantar barang.

Seperti yang kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki dipercayai merupakan seorang delivery rider kecewa apabila ada pembeli yang telah menampal notis untuk penghantar barang pada pintu rumahnya.

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1624593010750296064

Notis tersebut tertulis demikian ‘Sila berikan salam & sila ketuk pintu. Jika melebihi 3x pintu tidak dibuka, tolong jangan ketuk lagi. Terima kasih kerana menghormati privasi kami,”.

Ini telah mengundang kemarahan ramai kerana telah menyusahkan rider yang telah ke rumah pembeli barang untuk menghantar parcel namun tuan rumah tidak keluar untuk membayar barang yang dibeli secara COD itu.

Tu la tu, nak tinggal parcel macam tu je depan pintu tak boleh sebab barang belum dibayar. Jadi, terpaksalah rider tu datang balik pada lain hari. 

Namun, apabila rider berkenaan cuba untuk menghubungi si pembeli, panggilan tidak diangkat dan mesej juga tidak dibalas.

Ramai warganet juga tampil berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan situasi yang hampir sama sepanjang pernah bekerja sebagai penghantar barang.

9 2

10

11 1

Tak baiklah buat macam tu kan sebab ia bukan sahaja menyusahkan penghantar barang, malah ia turut menyusahkan dan merugikan penjual di Shopee atau Lazada. 

Sumber: Twitter @isusemasaviral, Twitter @anthraxx781

Baca: “ZOMBI ONLINE SHOP”- Taktik Baru Scammer, Paksa Bayar COD Barang Yang Tak Dipesan

zombi online shop scammer 3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.