Setelah bercerai pada Julai 2023 yang lalu, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada masih lagi perlu melalui prosiding mahkamah untuk kes tuntutan hadanah.
Hari ini, Shuhada menceritakan momen sedih anak lelakinya iaitu Umar yang rindu akan belaian seorang bapa sehingga pernah meminta untuk Shuhada belikan robot di platform beli belah atas talian.

Umar kecil lagi, tak rasa kasih sayang bapa
Menerusi laporan mStar, Shuhada berkata selain Umar meminta belikan ‘bapa robot’, dia juga pernah meminta izin ‘meminjam’ bapa saudaranya sendiri. Pun begitu, anak sulung Shuhada, Humairah dikatakan tidak kisah tentang Hafidz.
Humairah sudah tidak kisah (perihal Hafidz). Umar pula sebab dia kecil lagi dan tak rasa. Jadi dia teringinlah.
Dia pergi dekat sepupu dan cakap nak pinjam bapa (ayah saudaranya). Saya rasa kasihan dekat anak-anak. Kalau hal anak ni saya memang sensitif.
Umar yang rindu akan bapanya pernah meminta Shuhada membelikan robot untuk dijadikan sebagai bapanya.
Umar asyik cakap dekat saya yang ibu belilah abah robot dekat Shopee. Sampai macam tu.
Hafidz jarang hubungi anak-anak
Tambah Shuhada, bekas suaminya jarang menghubungi Humairah dan Umar sejak mereka bercerai 10 bulan yang lalu dan disebabkan hari ini mereka perlu berurusan di mahkamah, Hafidz akhirnya menghubungi kedua-dua anak mereka.
Selepas 10 bulan, hari ni ada kes, baru malam semalam (Isnin) dia hubungi berkenaan anak-anak. mereka buat panggilan video.
Artikel berkaitan: Shuhada Tak Tahu Hafidz Bakal Kahwin Dengan Athira, Kalau Boleh Tak Nak Sakitkan Hati Anak
Artikel berkaitan: Tak Mungkin ‘Berkawan Baik’ Dengan Bekas Suami, Shuhada Titip Pesanan Makan Dalam Buat Penyondol
Dalam pada itu, Hafidz difahamkan tidak memberi kerjasama untuk hadir dalam prosiding mahkamah hari ini. Shuhada bagaimanapun berharap agar bekas suaminya dapat datang untuk menyelesaikan tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan oleh Hafidz sendiri pada tahun lalu.
Saya cuma nak hak untuk anak-anak. Kalau boleh nak mereka gembira dan hidup mudah. Kes ini sudah berlarutan sangat panjang, hampir setahun lebih turun naik mahkamah.
Saya dari jauh (Perlis) boleh datang sini, dia yang tinggal berhampiran pula tidak hadir. Kenapa? Berilah kerjasama sebab dia yang failkan tuntutan ni.
Shuhada turut bersyukur apabila mahkamah telah meluluskan permohonannya untuk meletakkan nama ibunya sebagai penjaga bagi Humairah dan Umar.
Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada pernah berkahwin pada 30 April 2016 sebelum mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai yang lalu.
Sumber: mStar