in

“Nak pergi taman tema mahal” – Netizen Terhibur Tengok Warga Asing Berenang Dalam Banjir Di KOMTAR

mat salleh berenang komtar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia mempunyai pelbagai cara untuk berhibur, ada yang sukakan muzik, ada juga yang suka keluar berjalan-jalan namun ada masa yang kita ingin lakukan sesuatu yang luar dari kotak.

Terbaru, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki yang dipercayai warga asing berenang dan bergelak tawa di satu kawasan yang dinaiki air kerana hujan tidak berhenti.


Artikel berkaitan: “Cepatnya belajar” – [VIDEO] Ramai Kagum Tengok Mat Salleh Menari Tarian Tradisional Melayu

Artikel berkaitan: Mat Salleh Buat Hal Lagi, Kena ‘Angkut’ Trak Sebab Rentas Jambatan Sultan Abdul Halim Naik Basikal

Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang, lelaki berkenaan dilihat sangat gembira malah feeling seakan berada di dalam kolam renang.

Lelaki berkenaan bukan sahaja berjalan dan bermain air yang bertakung itu, dia turut menjatuhkan badannya kemudian baring malah dia turut ‘menyelam’ di situ.

Menurut laporan Kosmo!, tidak jauh dari kawasan itu berlaku satu lagi insiden yang menarik perhatian netizen di mana ada individu yang menjumpai seekor ular sawa.

“Seronok lah tengok dia” 

Ramai netizen yang beranggapan lelaki berkenaan hanya mahu menghiburkan hatinya sendiri pun begitu ada juga yang terhibur dan merasakan tindakan lelaki itu boleh jadi merbahaya.

cats 5

Janji happy lah bang…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.