Kisah cinta ‘merpati dua sejoli’ antara Dato’ Seri Vida (DSV) dan bekas pembantunya Ahmad Iqbal Zulkefli ini nampaknya masih lagi menjadi tumpuan, ia selepas Iqbal sebelum ini ada meluahkan rasa tawar hati dengan DSV dan tekad untuk memutuskan hubungan mereka.
Namun begitu, demi menambat hati semula kekasihnya itu, Iqbal ada muat naik IG Story sebelum ini kongsikan bahawa DSV ada terjah rumahnya pada jam 3 pagi dan memberikan cincin, namun ia ternyata membuat Iqbal rasa tak selesa kerana katanya “tak pakai baju tak pakai seluar”.
“Mencintai aku 7 tahun, tak nak dalam masa 2 hari” – DSV
Susulan dengan berita itu, DSV baru-baru ini ada muat naik IGTV dan menjelaskan perkara sebenar kenapa dia melakukan perkara sedemikian.
Katanya, dia melakukan hal tersebut selepas minta petunjuk daripada Allah SWT untuk menyelamatkan cinta hatinya daripada menjadi mangsa sihir oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dengki dengan kebahagiaan dan kejayaannya dalam perniagaan.
“Saya melakukan solat tahajjud untuk meminta petunjuk daripada Tuhan, selepas saya buat, saya nekad pergi. Realitinya Iqbal sudah disihir dan dia tidak rasa dia sedang sakit.
“Saya sudah kenal dia selama tujuh tahun, kulit dia putih pun sudah jadi warna kelabu asap. Bawah mata juga sudah gelap dan saya perlu selamatkan dia.”
Dakwa Vida lagi, sihir tersebut patut ditujukan kepadanya tetapi Iqbal yang kena, Vida juga menyatakan rasa pelik bahawa Iqbal telah mencintainya selama 7 tahun tapi jadi tak suka kepadanya dalam masa 2 hati
Berkenaan dengan cincin yang diberikan itu, DSV menjelaskan bahawa dia memang dah lama pasang niat nak bagi Iqbal kerana kekasih hatinya itu dah lama menginginkannya.
“Cincin tersebut memang sentiasa dalam beg dan dia juga sudah lama menginginkannya. Bila jumpa dia, saya beri terus. Tiada isu pun.”
Dalam pada itu, Vida juga ada menunjukkan foto terkini Iqbal yang kelihatan berbeza dengan sebelum ini.
https://www.instagram.com/tv/CVIC0UmKdw9/?utm_medium=copy_link
Hubungan mereka sebelum ini menjadi perhatian apabila Cik B tidak merestui perkahwinan mereka kerana dikatakan hanya mahukan ‘sesuatu’.
Disebabkan itu, Iqbal tampil beri respon terhadap untuk tepis dakwaan mahukan harta dengan menunjukkan segala koleksi barangan mewah serta menunjukkan wang yang dia ada.