in

“Nak pergi airport”- Seorang Wanita Naik Bagasi Bermotor Di Jalan Raya Di Thailand

F4 Wanita Naik Bagasi Beroda Atas Jalan Raya Di Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seiring dengan perkembangan zaman yang semakin moden, pelbagai barangan yang diguna harian juga semakin unik dan berteknologi tinggi.

Terkini, bagasi yang digunakan untuk melancong kini bukan hanya jenis beroda, malah mempunyai motor untuk membolehkan pemiliknya duduk di atas bagasi tersebut dan bagasi itu akan bergerak menggunakan motor.


Bagasi model seperti ini memang memudahkan kita untuk bergerak di dalam kawasan lapangan terbang, barulah tak lenguh berjalan jauh ke pintu pelepasan kan.

Namun, ada seorang wanita pula telah bertindak luar dari jangkaan apabila dia menaiki bagasi bermotor itu di atas jalan raya di Thailand.

Video tersebut pada mulanya telah dikongsikan oleh akaun Facebook Social Hunter 2022.

Artikel Berkaitan: ‘Healing’ Tanpa Permit Sah, Pendaki Terkejut Gunung Berapi Dukono Meletus Depan Muka

Artikel berkaitan: Pendaki Gunung Dedah Konon Wujud 3 Buah Kampung Makhluk Halus Di Bukit Broga?

Memetik laporan Bangkok Post, wanita itu dilihat menaiki bagasi bermotor itu di atas jalan raya di Thailand untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut dilihat menggunakan bagasi bermotor itu untuk menarik sebuah lagi bagasinya.

Menurut polis trafik negara itu, wanita tersebut merupakan pelancong warganegara China yang telah pun keluar dari Thailand.

Tindakan wanita itu telah mengundang kecaman orang ramai kerana tindakan tersebut bukan hanya membahayakan dirinya, malah pengguna jalan raya yang lain.

10 4

Wanita itu juga dilihat sedang melihat telefon pintar yang dipegangnya ketika menaiki bagasi bermotor itu. Dia juga tidak memakai sebarang perlindungan keselamatan seperti topi keledar ketika menunggang bagasi berkenaan.

Menurut Nation Thailand, penggunaan bagasi bermotor di atas jalan raya adalah salah di sisi undang-undang negara Thailand.

Bagasi bermotor ini hanya direka untuk kegunaan di dalam bangunan sahaja, jadi jangan tiru aksi ini di Malaysia pula ya korang.

Sumber: Nation Thailand, Facebook Social Hunter 2022

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.