in

“Nak off social media” – Dr Malar Santhi Sebak, Buat Permohonan Maaf Terbuka Terhadap Faiz Soul

dr malar santhi menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai dua pempengaruh terkenal iaitu Dr Malar Santhi dan juga Faiz Soul yang bertelagah mengenai kelayakan seseorang yang merupakan lepasan SPM dijemput bagi merasmikan majlis di sekolah nampaknya bertambah hangat.

Terbaru, Dr Malar Santhi menerusi TikTok telah memuat naik video permohonan maaf kepada Faiz Soul susulan tegurannya tempoh hari.


Dr Malar yang telah menerima pelbagai kecaman di atas tegurannya itu berkata, dia mengakui kekhilafannya dan dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang terasa dengan isu tersebut.

Dalam video berkenaan, Dr Malar juga memaparkan hantaran daripada seorang lagi pempengaruh iaitu Cikgu Ayu yang merasakan kenyataan Dr Malar seakan-akan menghina mereka yang mempunyai tahap pendidikan SPM.

Kata Cikgu Ayu, jemputan Faiz Soul itu sepatutnya dilihat dari sudut positif kerana ia boleh memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi sukses dalam bidang keusahawanan meskipun hanya mempunyai sijil SPM.

@cikguayu_imtecer

sabar tau! @FAIZ SOUL #cikguayu

♬ original sound – Cikgu Ayu Empire – Cikgu Ayu Empire

Artikel berkaitan: “Bukan ke dia yang persoalkan” – Dr Malar Respon Kenyataan Balas Faiz Soul Lepas Buat Teguran

Artikel berkaitan: “Kementerian memang tak tapis ya?” – Netizen Persoal Pempengaruh Dijemput Rasmi Majlis Di Sekolah

“Siapa yang dibawa ke sekolah akan memberi inspirasi kepada budak-budak” 

Menurut Dr Malar, apa yang dinyatakan oleh Cikgu Ayu ada kebenarannya kerana sesiapa sahaja yang dijemput ke sekolah untuk memberi ceramah dan sebagainya akan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk membentuk cita-cita mereka di masa hadapan.

Kalau dibawa engineer daripada oil and gas industry, budak-budak akan rasa aku nak jadi macam tulah. Kalau dibawa pegawai polis, budak-budak akan rasa nak jadi polis. Kalau dibawa bomba, budak-budak akan rasa nak jadi bomba. 

“Budak-budak ini dia orang tak matang lagi, dia punya prefrontal cortex ini. Tapi tak apalah saya mengaku penggunaan perkataan saya itu tak tepat sehingga menyebabkan orang rasa saya merendahkan mereka yang ada SPM. Bukan itu niat saya,” katanya.

@drmalarss

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA ~ Saya mengaku kekhilafan saya, dan dengan rendah diri, sya mohon maaf kepada semua yang terasa. #fyp #fy #drmalar

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

Namun Dr Malar berkata, terdapat salah faham daripada pihaknya apabila Faiz Soul menjelaskan bahawa majlis yang dirasmikannya itu bukanlah majlis akademik semata-mata, namun majlis keusahawanan dan akademik.

Dr Malar juga memohon maaf atas penggunaan emoji yang tidak sesuai ketika teguran itu dibuat sehingga berlakunya isu berkenaan dan komennya digunakan sebagai content pula untuk pempengaruh lain mengkritik secara keterlaluan dan sebagainya.

Saya buat video ini dan saya nak off social media sekejap. Kalau korang nak unfollow ke nak kecam ke it’s okay. Saya terima kesalahan penggunaan perkataan saya. Cuma saya minta ruang. Saya tak off comment. Saya tak lari, saya tak delete, korang nak judge maki macam mana pun, it’s okay

“Korang lepaskan je, sebab saya dah terkhilaf jadi saya deserved it. Kepada semua yang terasa saya minta maaf. Kepada adik Faiz pun saya minta maaf. 

“Tapi saya takkan minta maaf, saya berpegang teguh (dengan pendapat) figura yang kita bawa masuk ke sekolah mesti memberi inspirasi yang betul supaya lebih ramai anak-anak Malaysia sambung belajar, pergi ke menara gading kejar ilmu sampai ke negara China,” katanya.

Video berkenaan telah menerima komen yang pelbagai, dengan kebanyakannya meminta agar Dr Malar bersabar dan bertenang dengan apa yang menimpa.

Dalam masa yang sama, Faiz juga meninggalkan komen di posting tersebut dan meminta agar mereka masing-masing move on daripada isu yang membelenggu.

sol sol sol

Sumber: TikTok, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.