Mempunyai bentuk tubuh yang tegap, sentiasa cergas dan sihat adalah satu perkara yang memang diimpikan oleh setiap insan.Tapi masalahnya malas nak bergerak kan?
Apabila melihat video yang dikongsikan oleh Murni Hidayah Azman ini, ia telah memberikan inspirasi buat kita semua.
Video ayahnya Tang Teik Ghee/Azman Tang Abdullah yang berusia 53 tahun mengajar teknik senaman yang betul ini telah meraih hampir 3K retweet dalam masa sehari ia dimuat naik di Twitter.
Umur 53 dok handsome lagu ni. Ko rasa?
Menurut Murni, ayahnya yang mesra digelar ‘papa’ itu merupakan seorang jurulatih kecergasan profesional. Bagi Murni, dia cukup bertuah mempunyai seorang ayah seperti itu.
Katanya, setiap kali dia pulang ke rumahnya di Penang, Azman akan mengajarnya teknik senaman yang betul.
“Bapak aku, tiap kali aku balik rumah dia, dia akan ajar aku teknik2 exercise. Yg tak best. Aku tak pernah amalkan.”
Dalam video berdurasi 1 minit 26 saat itu, dapat dilihat penampilan ayahnya yang masih tegap dan bertenaga biarpun umurnya hampir menjangkau ke alam warga emas.
Pernah menang MR. MALAYSIA 2 kali
Selain itu, Azman juga pernah memenangi pertandingan bina badan Mr. Penang sebanyak 7 kali.
“Setahu aku. Sebab ada masuk dalam paper tahun bila tah aku tak ingat. Tapi tulah. Dia tak famous macam body builder yang lain sebab dia tak reti naikkan nama dia sendiri. Tak macam Sazali Samad, Cik Ton etc.”
Berbeza dengan trainer lain, kelebihan Azman ini boleh melatih kliennya untuk mendapatkan tubuh badan sasa tanpa menggunakan steroid!
Dia punya teknik kau blh muntah hijau. Dia manusia PALING ANTI dengan steroid!”
Bukan itu sahaja, tanpa steroid, Azman telah melatih ‘anak muridnya’ dalam satu pertandingan di Singapura sehingga meraih tempat yang kedua!
Healthy diet, healthy brain, healthy life!
Mula dari umur 19 tahun, lebih minat train individu yang ada penyakit kronik

Ketika Team Lobak Merah (LM), menghubungi Murni, Azman ada memberikan penjelasan menerusi voice note yang diberikan oleh Murni kepada Team LM menjelaskan bahawa dia sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 35 tahun.
Katan Azman lagi, dia akui pernah mengambil steroid dan itu adalah penyebab dia ada gangguan jantung. Sejak dari itu, Azman lebih gemar mengamalkan cara semulajadi.
“Sekarang hanya buat natural saja, semua makanan semulajadi, sebab biasa guna steroid lebih kurang 10 tahun dulu. Lepas itu, jantung ada gangguan sikit. Sejak itu, mula cara natural sampai sekarang.
Katanya lagi, dia kini lebih minat untuk melatih individu yang mempunyai penyakit kronik sperti kencing manis dan sakit jantung.
“Sekarang minat train siapa-siapa yang ada kanser, dua pelanggan saya ada kanser. Sejak training saya ada mereka diet bagi workout semua, mereka check dia punya kanser dah turun.”
Dia single. Dia handsome. Dia baik sangat. Setiap minggu dia dari Penang ke Kedah untuk tengok mak dia. Bawak moto sorang2 atas highway.” – Murni
Memandangkan sekarang ni musim PKPB yang membataskan rakyat Malaysia untuk merentas negeri, sudah semestinya Murni begitu rindu dengan ayahnya.
Bagaimanapun, melihat penampilan segak ayahnya yang kelihatan begitu cergas dan sihat, ia memberikan inspirasi kepada ramai netizen untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Ramai yang minta ayah Murni untuk membuat siaran YouTube atau akaun TikTok mengajar tips-tips senaman dan diet dengan betul.
Menurut Murni lagi, bapa kepada 4 orang anak ini merupakan bapa tunggal. Memandangkan perkongsian itu didedahkan di Twitter mengenai status ayahnya, ada juga komen-komen nakal netizen, siap ada offer nak jadi mak tiri Murni, ada juga yang nak jodohkan ayah Murni ni dengan mak dia. Aduhaiii
Nak mak tiri tak? – Netizen
Apapun, bila melihat Azman Tang ni, min rasa sentap pun ada, umur masih 20-an jalan sikit dah mengah.