in

Nak Main Mercun? Polis Beri Amaran Agar Tidak Main Mercun Selepas 12 Tengah Malam

Mercun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang, semakin ramai orang yang menjual mercun di tepi jalan. Disebabkan pertambahan jumlah gerai-gerai yang menjual mercun ini, pasti ramai yang risau dengan masalah bunyi bising, terutamanya menjelang malam Hari Raya.

Bagi mereka yang merancang untuk bermain mercun hingga 12 tengah malam, jaga-jaga ya! Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi amaran dan bakal mengambil tindakan terhadap mereka yang bermain mercun sehingga menganggu ketenteraman awam.


Menurut laporan daripada Buletin TV3, individu yang bermain mercun selepas jam 12 tengah malam jika mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1995 (Akta 336).

mercun
Sumber: Bernama

Tambah setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, mereka yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Bermain bunga api melebihi jam 12 tengah malam yang mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada orang lain adalah satu kesalahan di mana tindakan boleh diambil.”

“Bunga api adalah bahan letupan dikategorikan sebagai bahan berbahaya (DGC) dengan klasifikasi bahan berbahaya (HCD) 1.4g.”

“Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.”

PDRM juga sempat mengingatkan semua agar sentiasa bertanggungjawab ketika bermain mercun. Amalkan langkah-langkah keselamatan supaya sebarang tragedi melibatkan mercun tidak berlaku lagi.

Min pun excited nak main mercun tahun ni!

Sumber: Buletin TV3

Baca: Pelajar IPT Baling Mercun Bola Dari Tingkat Atas Apartmen, Netizen Mohon Polis Ambil Tindakan

mercun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.