Viral satu video kes langgar lari seorang daripada pemandu Myvi di Puchong malam tadi, lebih teruk lagi, mangsa yang beru berusia 11 tahun itu dalam perjalanan hendak pergi mengaji.
Menurut laporan daripada Info Roadbloack JPJ/Polis, lokasi kejadian itu berlaku di Petron Puchong Indah. Difahamkan, kereta Myvi itu telah hilang kawalan sebelum melanggar remaja malang itu.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1699555443555492/346159376807827/
Remaja lelaki tersebut mengalami kecederaan serius di bahagian kepalanya. Satu rakaman video menunjukkan Myvi itu dikejar, dan dilihat Myvi itu cuba larikan diri dengan memandu secara melulu di kawasan perumahan.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1699555443555492/804784070333904
Ramai netizen sakit hati apabila melihat rakaman ini, mereka bebrharap agar tuan empunya kereta segera ditangkap.
Malah ada juga yang telah mendedahkan maklumat butiran peribadi pemilik kereta tersebut berdasarkan nombor pendaftarannya.
Zaman sekarang zaman dashcam, nak lari kemana – Netizen
Lagi dia lari, lagi lah teruk nasib dia nanti. Kalau turun bersemuka dan mengaku silap, bantu mangsa sekurang-sekurangnya boleh buat bincang daripada lari sembunyi lepastu hati tak tenang lepas dah kena viral.
Baca : [Video] Polis Tengah Buru Pemandu Langgar Lari Abang Food Rider Atas Highway