in

Nak Kerja Dengan Vibe ‘Country Club’? Kenali WORQ Well, Ruang Kerja Bertaraf WELL Coworking Pertama Di Malaysia

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman kini ramai orang dah mula bekerja secara fleksibel, malah ia dah menjadi satu norma baharu. Ada hari bekerja dari rumah, ada hari perlu keluar untuk meeting. Namun realitinya, bukan semua tempat sesuai, terutama kafe atau restoran yang kurang privasi.

Mesti ada di antara korang yang tengah mencari ruang kerja sesuai sama ada untuk meeting urgent atau sekadar nak vibe tenang seperti di pejabat.


Kini korang tak perlu pening lagi sebab…

WORQ memperkenalkan ruang kerja baharu, WORQ Well Coworking Space di Aspire Tower, KL Eco City.

Kalau korang nak tahu, WORQ ialah sebuah ruang kerja yang direka khas dengan keselesaan dan fleksibiliti, sesuai untuk keperluan perniagaan dan individu dalam persekitaran yang serba pantas pada masa kini.

WORQ kini mempunyai sekitar 12 ruang kerja di Kuala Lumpur serta satu lokasi di Alunan Resort, Pulau Perhentian.

Screenshot 2026 06 19 125326

Kesemua 12 ruang kerja WORQ di Kuala Lumpur juga terletak berhampiran pengangkutan awam LRT, menjadikannya mudah diakses untuk semua ahli.

Senarai ruang kerja WORQ disekitar Kuala Lumpur:

  • Menara Shell @ KL Sentral
  • Mercu Aspire Corporate Tower
  • KPMG Tower
  • Sunway V2 Tower
  • Integra Tower
  • Menara UOA Bangsar
  • Menara 1 Sentrum
  • Glo Damansara Shopping Mall
  • UOA Business Park
  • KL Gateway Mall
  • Sunway Putra Mall
  • Surian Tower

WORQ Well

WORQ Well merupakan salah satu ruang kerja dalam rangkaian WORQ yang telah menerima WELL Coworking Rating daripada International WELL Building Institute (IWBI) bersama The Instant Group.

Front Desk

Sebagai ruang kerja pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan ini, WORQ telah menetapkan standard baharu dalam kesejahteraan dan prestasi di tempat kerja.

Dengan keluasan 34,300 kaki persegi dan kapasiti sehingga 500 ahli, WORQ Well telah mencapai kapasiti penuh sebelum pembukaan rasmi. Ini membuktikan tarikannya sebagai ruang kerja premium berteraskan “people-first”.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan WORQ Well yang pertama, yang menggabungkan pengalaman tempat kerja yang luar biasa dengan persekitaran yang benar-benar mengutamakan manusia. Ini merupakan projek paling bercita-cita tinggi kami setakat ini, direka untuk membantu perniagaan menarik dan mengekalkan bakat terbaik serta meningkatkan prestasi organisasi,” kata Stephanie Ping, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WORQ.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian coworking berorientasikan transit, WORQ Well memudahkan kerja mengikut gaya hidup moden. Terletak di lokasi strategik di KL Eco City dengan akses terus ke LRT dan KTM, ia menjadi hab ideal untuk pekerja hibrid dan fleksibel.

Selari dengan rangkaian transit, peratusan ahli WORQ yang menggunakan pengangkutan awam meningkat daripada 20% pada 2017 kepada 50% hari ini. Perubahan ini bukan sahaja menyokong kerja fleksibel, malah membantu agenda ESG dengan mengurangkan tekanan perjalanan dan penggunaan kereta.

Kemudahan dan Utiliti

Dengan berkonsepkan ‘country club’, WORQ Well menawarkan pelbagai kemudahan dan utiliti yang boleh dinikmati oleh semua ahli, membolehkan mereka bekerja dalam suasana di mana produktiviti dan ketenangan dapat digabungkan.

Antara kemudahan utama di WORQ Well ialah kolam renang bersaiz penuh dan jakuzi. Fasiliti ini direka khas untuk memberi keistimewaan kepada ahli, membolehkan mereka bekerja sambil berehat dan menikmati ketenangan.

  • Kolam renang bersaiz penuh dan jakuzi

Swimming PoolSwimming Pool 3

Selain itu, banyak lagi kemudahan yang disediakan khas di WORQ Well seperti:

  • Pod rehat (naping pods)

Napping Pod Cropped

  • Perkhidmatan urutan

Wellness Room

  • Pantri & ruang komuniti

Pantry3Common Area

  • Suite pejabat persendirian

Ps Mid

  • Ruang hot desk & meja khusus

Hotdesk 45 1

  • Ruang acara

Event Space

  • Bilik mesyuarat

Meeting Room

  • Bilik panggilan (phone booths)

Phone Booth

WORQ Well turut menawarkan kemudahan lengkap termasuk WiFi berkelajuan tinggi, perkhidmatan cetak dan imbas, serta kopi dan snek percuma bagi memastikan keselesaan ahli sepanjang hari bekerja.

Pelan Langganan WORQ Well 

Nikmati pelbagai kemudahan di WORQ Well dengan pelan langganan fleksibel bermula serendah RM70 hingga RM2,500 mengikut jenis akses dan ruang pilihan.

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang pelan langganan di WORQ Well serta senarai akses eksklusif yang tertera untuk setiap ruang pilihan di laman web WORQ.

Dengan konsep kerja, kesejahteraan dan komuniti dalam satu tempat, WORQ Well adalah pilihan tepat untuk ruang kerja moden. Langgan WORQ hari ini dan rasai sendiri pengalaman berbeza ini!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.