in

Nak Keluar Takut Ada Yang Terasa, Anda Kini Boleh Mute Group WhatsApp Selamanya

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda dimasukkan ke dalam group WhatsApp yang tidak diingini? Nak keluar group WhatsApp, rasa bersalah. Kalau tak keluar akan semakkan notifikasi telefon pula. Pening kan?

Kini anda tak perlu risau lagi! Menurut Wabetainfo, WhatsApp kini sudah pun menghantar kemas kini terbaru aplikasi mereka ke Google sebelum diguna pakai oleh para pengguna.


1

Berdasarkan laporan, WhatsApp bakal hadir dengan beberapa fungsi penting. Antaranya adalah fungsi yang membenarkan pengguna untuk diamkan notifikasi group WhatsApp secara kekal.

Sebelum ini, pengguna WhatsApp hanya diberikan pilihan untuk diamkan group Whatsapp selama 8 jam, seminggu atau setahun sahaja. Jika tempoh tersebut tamat, pengguna perlu diamkan group WhatsApp tersebut semula.

Kemas kini ini dilihat bakal diterima baik oleh semua pengguna WhatsApp yang sering menerima spam daripada group WhatsApp.

Sumber: Wabetainfo

 

BACA: WhatsApp Lancar Servis Pemindahan Wang Untuk Mudahkan Golongan Peniaga Kecil

Cover

Sumber: Wabetainfo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.