in

“Nak keluar rumah pun susah” – Wanita Dedah Jadi ‘Tebusan’ Angsa, Bila Bagi Makan Kena Marah Pulak

Wanita jadi tebusan angsa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Korang pernah tak dijadikan tebusan oleh seekor angsa?”

Begitulah pertanyaan seorang wanita selepas dia mengalami kesusahan untuk keluar dari rumahnya kerana dihalang seekor angsa yang seolah-olah menjadikannya tebusan.


Wanita jadi tebusan angsa e1645848240189

Daily Record melaporkan, insiden pelik tapi lucu itu difahamkan berlaku di Scotland dimana Siobhan, 30, ada berkongsikan kisah yang menimpa dirinya itu menerusi aplikasi TikTok.

Ibu dua anak yang berasal dari Glasgow itu mendedahkan dia sememangnya tinggal ‘berjiran’ dengan angsa terbabit yang tinggal di sebuah kolam awam bertentangan dengan kediamannya. Bagaimanapun, Siobhan tidak pasti mengapa haiwan itu sering datang ke rumahnya dan tidak membenarkan wanita itu keluar dari rumah.

0 Screen Shot 2022 02 24 at 100734 AM e1645848287274

“Dia (angsa) cuba nak masuk ke dalam rumah beberapa kali dan bila saya nak keluar menggunakan kereta, dia akan berdiri di hadapan dan di belakang kereta saya,” katanya.

Pernah bagi makanan tapi kena marah pulak…

0 Screen Shot 2022 02 24 at 100725 AM e1645848319459

Jelas Siobhan lagi, dia yang bekerja sebagai fitness instructor itu lama kelamaan mula suka akan kehadiran haiwan terbabit. Malah, dia juga ada memuat naik video dimana dia ke kedai membeli makanan untuk angsa berkenaan.

Pun begitu, bila Siobhan menghidangkan semangkuk sayuran kepada haiwan terbabit, si angsa malah mengamuk dan menterbalikkan mangkuk makanan.

Video perkongsian Siobhan kini telah meraih ribuan tontonan di media sosial. Rata-rata warganet berpendapat angsa terbabit sebenarnya sukakan wanita itu tapi ada cara lain untuk tunjukkannya. Macam love-hate relationship gitu…

Sumber: Daily Record

Baca: Netizen Terhibur Tengok 3 Bulus Jadikan Pengisar ‘Tebusan’, Dah Sebulan Beli Tapi Tuan Tak Dapat ‘Unboxing’

kucing berebut 1 e1645847428846

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.