Sebelum ini, kejadian misteri ‘hantu’ ketuk rumah hanya berlaku di Sabak Bernam, Selangor, kemudian ia dikatakan merebak ke Port Dickson, dan baru-baru ini ia dikatakan merebak ke Melaka pula.
Siap ada video lagi…
Sampai nak patah pintu
Pada 5 Disember 2020 lepas, Sinar Harian melaporkan penduduk di Kampung Paya Rumput Masjid Tanah mendakwa dihantui misteri ketukan pintu yang kuat beberapa hari lalu sehingga mengejutkan penghuni beberapa buah rumah kira-kira jam 3 hingga 3.20 pagi.
Antara penduduk yang turut kena gangguan tersebut adalah bekas Imam Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah. Katanya, ketukan itu membuatkan pintu kayunya hampir patah. Lapor Harian Metro.
Malam, tadi video sebuah rumah mengalami gangguan yang sama juga turut dirakam oleh penghuninya viral di Twitter.
Penduduk rumah tersebut menggunakan pintu kaca (sliding door) dan dilihat tiada sebarang kelibat sambil pintu itu diketuk dengan kuat.
Tak nampak kelibat
Menurut sumber yang kongsikan video ini, ketukan pintu itu berlaku sekitar jam 1 hingga 3 pagi. Difahamkan, kejadian ini berlaku di di Taman Bukit Katil Damai dan video ini tersebar luas menerusi Group Whatsapp sebelum viral di media sosial.
https://twitter.com/Kah11Hau11/status/1335474350292520960
Walaubagaimanapun, kesahihan video ini masih belum dikenalpasti.
Hanya sekadar angin?
Bermacam-macam reaksi dan spekulasi timbul, ada netizen mengatakan ia benar-benar terjadi dan ada juga yang mengatakan ia hanyalah sekadar angin kencang memandangkan sekarang ini musim ribut.
Hurm, ada logik juga sebab angin sebab sekarang musim hujan, tapi kalau angin rentak dia tu lain macam.