Kecoh di media sosial malam semalam apabila seorang usahawan kosmetik telah didakwa memukul anak angkatnya yang berusia 2 tahun pada bulan lalu.
Menurut mStar, kejadian tu dipercayai berlaku dekat kediaman usahawan tersebut yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Pukul anak angkat guna kasut?
Menurut laporan Berita Harian, usahawan ni katanya telah memukul mangsa menggunakan tangan pada wajah kanak-kanak tersebut semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan video.
Berdasarkan laporan pembantu rumah usahawan tersebut kepada pihak polis, pengadu berkata suspek telah memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama kanak-kanak tu dan mengarahkannya untuk memukul mangsa.
Namun pengadu mendakwa yang dia tak menuruti arahan usahawan tersebut sebab bimbang kanak-kanak tu cedera.
Walau bagaimanapun, usahawan tersebut katanya telah bertindak memukul mangsa sendiri menggunakan kasut dan mencubit belakang badan kanak-kanak itu hingga cedera. Allahuuu…
Polis sudah ambil keterangan usahawan kosmetik
Semalam, pihak polis telah mengesahkan bahawa mereka sudah pun merakam percakapan usahawan kosmetik terkenal itu untuk membantu siasatan kes pukul anak angkatnya yang berusia 2 tahun.
Tambah pihak polis lagi, mereka juga telah merakam percakapan 4 saksi lain termasuk mereka yang berada di dalam rumah usahawan tersebut.
“Pada masa ini pihak polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Jumaat ini, untuk tujuan pendakwaan.
“Kertas siasatan ini turut merangkumi laporan daripada pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa atau kanak-kanak terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.
Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Apa ke bodoh la bapak macam ni. Produk tak laku, anak pulak jadi sasaran”
Dalam pada itu, netizen yang seakan-akan mengenali siapakah usahawan kosmetik yang dimaksudkan itu telah melemparkan pelbagai komen negatif kepada usahawan terbabit atas perlakuannya. Ish, ish, ish…
Uish apa nak jadi ni? Kesian min tengok anak angkatnya jadi mangsa sampai lebam macam tu…