Semata-mata nak dapat title, macam-macam benda orang sanggup buat.
Macam gadis di Bulgaria ni, dia dikatakan ketagih untuk memiliki bibir yang besar sampai sanggup mendapatkan suntikan sejak tahun 2018 lagi.
Andrea Emilova Ivanova, 22, telah menghabiskan sebanyak £2,835 (RM15,135.58) dengan harapan supaya dia akan dinobatkan sebagai pemilik bibir terbesar dunia.
Gila lah, tak bahaya ke?
Walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh doktor, namun wanita itu ternyata tidak mempedulikan risiko yang bakal dihadapinya, lapor Harian Metro.
“Doktor bimbang dan mengatakan bibir saya sudah terlalu besar sehingga ingin mengeluarkan semua asid hyaluronik supaya bibir saya lebih kecil dengan bentuk sedikit berbeza.
“Tetapi saya dengan bertegas dan menolak pandangan itu serta mengatakan saya akan terus membesarkan bibir. Saya sangat suka bibir besar,”
Ivanova yang telah menjalani sebanyak 21 prosedur suntikan mengatakan setakat ini dia tidak merasai sebarang kesan terhadap tubuh badannya.
“Tetapi buat masa ini saya tidak mempunyai kesan sampingan dan komplikasi kesihatan,” katanya.
Tapi kesan daripada suntikan asid hyaluronik menyebabkan bibir semakin membesar hingga hampir menyentuh hidungnya.
Kalau dah sampai hidung tu, macam mana dia bernafas ya?
Pujian yang diberikan kepadanya membuatkan dia merasa bangga selain turut berkongsi gambar aksi ciuman kepada 62,100 pengikut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Ivanova lagi, suntikan yang diambil itu mula meresap ke dalam tubuhnya, sebab tu dia kena terus ambil suntikan itu secara berkala.
Ikutlah nak buat apa pun, asalkan dia happy. Tapi satu min musykil, macam mana dia pakai mask eh? Hmmm…
Baca : Beauty is pain kan Padah! Bibir Wanita Meletup 5 Kali Selepas Ambik Suntikan Filler