Seperti yang kita sedia maklum, pelawak dan penyampai radio Shuib baru sahaja menamatkan zaman dudanya pada Jumaat lepas bersama seorang usahawan, Watie dengan sekali lafaz.
Atas perkahwinan mereka ini, kita dapat lihat senyuman yang terukir di raut wajah Shuib dan anak-anak menunjukkan yang mereka begitu gembira menyambut kedatangan ahli keluarga baru.
Bagaimanapun, di media sosial ramai yang kongsikan klip video majlis pernikahan tersebut, bahkan ada juga yang imbau balik kenangan saat Shuib dengan isteri pertamanya yang meninggal dunia, arwah Siti Sarah.
“Lepas 6 tahun nanti”
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kenyataan yang Shuib berikan sewaktu dia bersama arwah Siti Sarah membuat majlis bersanding pada 6 tahun lepas.
Dalam satu temuramah bersama Hlive, Shuib dan arwah Siti Sarah menzahirkan rasa teruja kerana waktu itu mereka meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke enam. Selain meluahkan rasa teruja, Shuib ada mengatakan yang kemungkinan dalam masa 6 tahun lagi mereka akan membuat majlis bersanding.
https://www.tiktok.com/@marbellanne_/video/7248438618522488066
Siapa sangka bahawa ia memang benar-benar terjadi, cuma bezanya dengan orang lain. Menurut netizen, waktu pernikahan Shuib dan Watie memang benar-benar lepas 6 tahun daripada tarikh majlis sanding dengan arwah Siti Sarah itu.
Menjengah ke ruangan komen video yang telah meraih 846K jumlah tontonan dalam masa sehari itu membuatkan ramai netizen jadi sebak dan anggap mungkin kebetulan, ada juga yang mengatakan bahawa ini semua adalah perancangan Allah.
Allah memang dah susun cantik aturan hidup seseorang itu, apa pun tahniah buat Shuib dan sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah Siti Sarah.
Baca : “Majlis kami sederhana saja” – Hanya Buat Majlis Nikah, Shuib & Watie Dapat Tajaan RM1.7 Juta