Baru-baru ini, kecoh mengenai kes kematian seorang pelajar 17 tahun dan seorang kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan akibat keracunan makanan selepas dikatakan termakan bihun goreng yang sudah melekit dan telur mata yang berubah rasa.
Insiden itu turut meraih perhatian chef selebriti, Chef Wan yang meluahkan kebimbangannya melihat pengendali makanan di negara ini.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Chef Wan mengatakan masih ramai peniaga yang tidak tahu tentang kebersihan dalam pengendalian makanan.
Artikel berkaitan: Polis Siasat Kenyataan Chef Wan, Samakan ‘Dress’ Aishwarya Rai Dengan Perayaan Thaipusam
Artikel berkaitan: “Terkejut anak sudah meninggal dunia” – Remaja 17 Tahun Maut Dipercayai Kerana Makan Telur Mata
“Kebanyakan orang kita yang meniaga ini, mereka tiada ilmu tentang kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan,” komen Chef Wan.

Jelasnya, bakteria yang ada mudah membiak sekiranya makanan tidak dikendalikan dengan betul terutama dengan cuaca panas di negara ini yang mendorong kepada pembiakan bakteria dengan mudah.
Jadinya, jika makanan tidak disejukkan dengan betul dan diletakkan ke dalam peti sejuk, atau tidak dihantar kepada pelanggan secepat mungkin, maka bakteria berisiko untuk membiak.
“Kalau makanan tu bertutup dalam keadaan panas dan ada wap, ia adalah suhu sempurna untuk pembiakan bakteria. Sebab itulah (makanan) mudah basi.”
@maskulinmy Kecoh baru-baru ini apabila berlakunya kes kanak-kanak dan remaja maut akibat keracunan makanan selepas makan mihun dan telur mata yang diedarkan dalam sebuah program sekolah. Chef selebriti, Chef Wan tampil meluahkan kebimbangannya melihat pengendali makanan di negara kita. chefwan keracunanmakanan maskulin majalahmaskulin
Tambahnya lagi, ramai peniaga ‘tamak’ dengan mahu menjual pelbagai benda tetapi memiliki peti sejuk yang terhad sehingga menyebabkan terpaksa menyumbat semua makanan di dalamnya. Lalu, menyebabkan peti sejuk tidak lagi sejuk dan memudahkan virus dan bakteria membiak.
“Semua orang nak berniaga tetapi semua tiada ilmu mengenai kebersihan. Anda tanya mereka tentang jenis kuman, suhu, kosong (tidak tahu apa-apa). Asalkan boleh masak sahaja jual,” ujarnya.
Justeru, Chef Wan menyarankan peniaga-peniaga di kantin sekolah atau katering perlu mengambil kursus pengendalian makanan sebelum berniaga.
Sumber: TikTok
