Biarpun sudah berumur 97 tahun, ia tidak menghalang insan yang dikenali dengan jolokan Bapa Permodenan Negara ini untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti.
Menerusi laporan Astro Awani, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA), bagaimanapun beliau berkata ianya bukan sebagai calon Perdana Menteri.
Tiada persaraan melakukan ibadah – Tun M
Susulan dengan penglibatannya dalam PRU yang mendatang ini, ada segelintir pihak mempersoalkannya dan memberikan pandangan sinis bahawa beliau sepatutnya buat ibadah atau duduk di rumah bermain dengan anak cucu.
Oleh sebab itu, Tun M menerusi laman Twitter miliknya tampil memberikan respon dan sekaligus menjelaskan matlamatnya menyertai PRU15 ini.
Baginya, selagi dirinya masih hidup, beliau akan terus berjuang dan menyifatkan bahawa perjuangan itu merupakan sebahagian daripada amal ibadah.
“Pertamanya, saya masih lagi hidup dengan rahmat Allah. Bagi saya umur panjang beri peluang kepada saya untuk terus berjuang. Tidak ada perjuangan yang lebih baik selain dari berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.”
“Saya percaya perjuangan tersebut juga adalah satu ibadah seperti mana saya diwajibkan melakukan ibadah samada di masjid mahupun ibadah-ibadah yang lain.”
Dalam pada itu, beliau juga menyifatkan bahawa ibadah memang tiada persaraan termasuklah perjuangan, malah sebagai seorang pemimpin untuk berjuang, beliau perlu ‘turun padang’ untuk melakukannya, bukan hanya mengarah sana sini.
“Jika saya mahu orang lain berjuang menentang kleptokrat dan penyamun-penyamun Negara, saya mesti turut serta.”
TIADA PERSARAAN MELAKUKAN IBADAH
1. Saya sedar ada yang persoal kenapa perlu saya bertanding lagi di dalam pilihan raya.2. Tidak kurang juga yang suruh saya duduk di masjid dan buat ibadah atau duduk di rumah bermain dengan anak cucu. pic.twitter.com/143wW1dV4l
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) October 13, 2022
Akhir kata, beliau menyatakan bahawa selagi beliau hidup, beliau tidak akan henti untuk terus berjuang.
Baca : Najib Razak Dinamakan Calon Untuk Parlimen Pekan Dalam PRU-15