in

“Nak bagi nama apa biskut ni”- Ramai Simpati Tengok Kuih Raya Lelaki Ini

Kuih Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa antara anda yang lebih gemar buat kuih raya sendiri berbanding beli je kuih raya yang orang jual di bazar raya? Untuk orang yang sibuk, memang lagi senang kalau tempah je kuih raya dari peniaga yang memang jual kuih raya setiap tahun sebab bukan senansg nak buat biskut ini. Kalau tak menjadi, dah membazir bahan-bahan baking kan. 

Namun, untuk seorang pemuda ini pula, dia mencuba untuk membuat sendiri kuih raya namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan kerana biskut buatannya berubah bentuk selepas dibakar di dalam ketuhar.


Pengguna TikTok yang dikenali sebagai inderas_ telah berkongsikan kejadian biskut raya tak menjadinya itu di platform TikTok dan sehingga kini, video biskut rayanya itu telah meraih 3.4 juta tontonan!

@inderas_

kue lebaran core tahun ini ?

♬ kue lebaran hancurr – ?

Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Resipi Kuih Raya Tomyam, Ramai Kata Sama Macam Biskut Yaya Dalam BoBoiBoy

Artikel Berkaitan: Ini 5 Resipi Kuih Raya Korang Boleh Cuba, Guna Air Fryer Je!

Dalam video yang berdurasi sembilan saat itu, dapat dilihat dia telah menunjukkan gambar sebelum dan selepas kuih itu dibakar.

10 1

Dapat dilihat juga kuih yang belum dibakar memang cantik kejadiannya namun selepas dibakar, kuih itu menjadi hitam seperti hangit dan dan ada juga yang seperti mencair.

Kuih Raya

Ada juga warganet yang menyamakan biskut raya lelaki itu jadi seperti pizza kerana ia menipis selepas dibakar.

Selain itu, ada juga netizen lain yang berpendapat mungkin biskut raya buatan individu itu terlebih mentega, sebab itu lah ia terhasil sebegitu.

Namun, individu itu nampaknya tidak keseorangan dalam hal ini kerana ada juga pengguna TikTok lain yang turut berkongsikan kejadian kuih raya yang tak menjadi seperti yang diharapkan.

Biasalah tu kan, mungkin kena banyak berlatih lagi baru menjadi kuih raya tu. 

Sumber: TikTok inderas_

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.