in

Nak Ajar Cara ‘Survival’, Gadis Suka Memberontak Dibawa Ke Pulau Tak Berpenghuni Oleh Ibu Bapa

F Terpencil 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara cabaran terbesar mendirikan sebuah keluarga adalah apabila nak membesarkan anak-anak. Setiap anak pula ada kerenahnya yang tersendiri, kalau tak cukup kesabaran dan ilmu di dada, macam-macam perkara boleh berlaku.



Lebih-lebih lagi kalau anak tu baru sahaja meningkat remaja dan nak mengenal dunia. Memang akan ada yang memberontak. Jadi, ibu bapa di China ini telah memutuskan untuk membawa anak gadis mereka yang berusia 13 tahun ke sebuah pulau tak berpenghuni untuk mengajar remaja itu tentang kehidupan dan cara survival, lapor Oddity Central.

Terpencil 2

Difahamkan, remaja perempuan itu telah berhenti sekolah. Selain itu, dia juga seorang yang manja. Kadang-kadang, kalau mak ayah dia ajak turun ke dapur untuk makan pun dia buat tak tahu je.

Katanya, mak ayah dia ni dah buntu untuk pujuk anak dia jadi mereka putuskan untuk membawa anak mereka itu ke sebuah pulau. Namun, mereka dah rujuk dan bertanyakan kepada pakar kelangsungan hidup tentang idea mereka tu.

Setelah dirujuk, pakar tersebut bersetuju untuk menemani ketiga-tiga mereka ke pulau tak berpenghuni terbabit dalam usaha untuk mengajar gadis itu untuk belajar cara ikhtiar hidup.

Terpencil 3
Gambar sekadar hiasan

Namun, misi itu tak berapa berhasil sebab gadis tu telah meminta pertolongan daripada nelayan yang kebetulan berada di perairan kawasan itu untuk membawanya pulang. Dia telah cuba untuk melarikan diri dari pulau dan misi pelik ibu dan ayahnya itu.

Gadis itu juga mendakwa ibu bapanya telah membawanya ke situ tanpa bertanya pendapatnya terlebih dulu. Mereka kemudiannya ditemui oleh pihak polis yang memujuk kesemua mereka untuk pulang.

Walau bagaimanapun, memandangkan sebelum ni gadis tu tak gemar berkomunikasi dengan sesiapa, media China melaporkan ayah remaja itu tetap kagum dengan kebolehan anaknya yang berjaya meminta tolong daripada orang asing pada kali ini.

Kiranya, berjaya jugak lah plan mak ayah dia ni, sekurang-kurangnya dia dah start nak bercakap dengan orang kan. 

Sumber: Oddity Central

Baca: “Maki, pukul, baling buku dkt kepala”- Ibu Dera Anak Umur 12 Tahun Sebab ‘Tak Cukup Pandai’

Terpencil 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.