in

Najib Nafi Curi Duit 1MDB

Page Najib3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam siasatan pihak berkuasa dan perhatian rakyat gara-gara skandal 1MDB.

Walau bagaimanapun, beliau berkali-kali menegaskan tidak terlibat dengan dakwaan mencuri duit 1MDB. Menurut mStar, Najib yakin sekiranya didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tak bersalah.


Pm Najib
sumber: the star

Selain itu, menerusi akaun rasmi Facebook, beliau turut mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan PM Tun Dr Mahathir Mohamad semasa majlis makan malam dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun. Katanya, Tun M pernah mengatakan tidak mudah untuk menahan dan mendakwanya.

Mahathir111
sumber: the star

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.”

“Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.”

Ujarnya lagi, daripada kenyataan tersebut, ia membuktikan bahawa kertas pertuduhan yang didakwa telah disediakan untuk mendakwa beliau pada 2015 adalah tak benar dan hanya konspirasi semata-mata untuk menggulingkannya.

Fmt Najib Razak Sedih Tak Percaya Hampa Kecewa Fmt Afp Pic 1 Os 1
sumber: fmt

“Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?”

“Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.”

Apa-apapun, kita nantikan lah sehingga ke penghujung kes ini. Pihak berkuasa pun tengah giat menjalankan tugas mereka bagi membongkarkan kebenaran. Beri mereka masa nak gali dalam-dalam dulu.

Dia tak bersalah gaisss. Percayalah bekas PM kita ni…

Baca: Korang Takkan Percaya Berapa Gaji Penasihat Najib

U 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.