in

“Najib dah turun lebih 5 tahun, harga barang dah turun belum?”- Najib Sindir Rafizi?

Ft Najib Rafizi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ada memuat naik satu video yang telah menarik perhatian netizen di Twitter.

Dalam masa sehari, video tersebut tular dan telah meraih lebih hampir 2,000 jumlah retweets. Video tersebut merupakan satu video lama daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu perhimpunan.


Ia menjadi perhatian daripada netizen adalah kerana kata-kata daripada Rafizi Ramli yang meminta orang ramai untuk menjatuhkan Najib jika harga tidak turun sebelum menyandang jawatan itu dan kapsyen yang diberikan oleh Najib…

Najib dah turun lebih 5 tahun, harga barang dah turun belum? Tanya je.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang dilihat memberi respon bahawa harga barang memang turun bahkan ada juga yang menyarankan agar Najib tidak terlalu lantang ketika menjalani hukuman penjara.

Namun begitu, ada juga yang terhibur apabila membaca kata-kata sindiran Najib ini.

Najib2 Najib3 Najib4 Najib5 Najib6

Ketepikan sentimen politik, tapi Bossku ni boleh tahan lawak ek?

Baca : Mahkamah Tangguh Perbicaraan, Najib Razak Diberi Cuti 2 Hari Kerana Cirit Birit & Kurang Air

Najib Cirit Dan Kurang Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.