Semenjak dua menjak ini, makin kerap admin dengar orang di sekeliling kita mengalami masalah depresi.
Depresi ini bukan masalah kecil lagi. Ia mampu meragut nyawa seperti apa yang berlaku kepada bintang Kpop, Sulli dan perenang dari Sarawak, Ayrton Lim. Kini yang terbaru, ramai di kalangan netizen risau dengan apa yang menimpa penyanyi berbakat, Naim Daniel.
https://www.instagram.com/p/B2KBqFFBSbs/
“Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur”
Menerusi posting di Instagramnya, Naim telah memuat naik luahan hatinya yang seolah-olah kesal dan kecewa dengan tanggapan segelintir masyarakat terhadap golongan artis.
Malah kata-katanya juga seakan menggambarkan bahawa peminat langsung tak menghargai karya tulus yang hasilkan seorang penghibur sepertinya.
https://www.instagram.com/p/B4H30RzBQSb/?utm_source=ig_embed
Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan punching bag mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terfikir apa orang akan kata,” katanya.
“Sebagai hamba Allah, kita redha saja la. Yang pastinya akan ada yang support awak”
Namun mujurlah posting Naim ini mendapat perhatian dan sokongan daripada rakan-rakan artis dan juga netizen yang memahami situasinya. Antara rakan artis yang meninggalkan komen di posting tersebut termasuklah Ismail Izzani, Sissy Iman, Wani Kayrie dan lain-lain.
Apa-apapun admin harap Naim janganlah tertekan dan take it easy dalam melakukan sesuatu. All the best dalam kerjaya Naim ya!