in

“Naik rumah letak barang kurang 5 minit” – Ismanira Sangkal Dakwaan Tukar Baju Masa Zayn Rayyan Hilang

ft zayn rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada kanak-kanak autistik yang ditemui meninggal dunia pada 2 tahun lalu, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf mmenyangkal dakwaan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini yang mengatakan dia sempat tukar baju di rumah, dalam keadaan anaknya yang baru sahaja hilang.

Ismanira menegaskan perkara tersebut ketika perbicaraan bela diri hari ketiga, atas satu kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan, 6, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.


Artikel berkaitan : Kes Zayn Rayyan: Ismanira Menangis Selepas Diperintah Bela Diri

Artikel berkaitan : Polis Rakam Keterangan Ismanira Susulan Viral Video Pimpin Tangan Zayn Rayyan

Screenshot 2025 07 23 152333

“Setiba di depan rumah, saya dapati Zayn Rayyan tiada, jadi saya buka pintu dan letakkan barang-barang yang dibeli termasuk beg sekolah anak saya itu.”

“Kemudian saya keluar semula mencari di bawah, kerana masa naikpun tidak lama, hanya untuk meletakkan barang mungkin kurang lima minit, selepas itu terus bergegas mencarinya di setiap tingkat pangsapuri.”

Ismanira juga menafikan bahawa dia megambil masa yang lama kerana sempat naik ke rumah untuk letak barang dalam keadaan risau anaknya diculik.

Bagaimanapun, ketika pihak pendakwaan bertanyakan jika dia terserempak dengan jiran Rashidah Rajali (saksi pendakwaan ke-16) di tangga, sebanyak dua kali, Ismanira mengatakan yang dia tidak pasti.

Screenshot 2025 07 22 132626

Pendakwaan: Ketika itu, Rashidah mahu menghantar anaknya ke sekolah pada jam 12.15 tengah hari, masa itu puan naik tangga dengan menggalas beg sekolah.

Ismanira: Tidak setuju.

Pendakwaan: SP16 melihat puan buat kali kedua, 20 minit kemudian namun puan telah mengenakan pakaian yang berbeza.

Ismanira yang kini bekerja sebagai kerani akaun berkata “tidak setuju.” Sebagai rujukan, Rashidah, 37, memberitahu telah terserempak dengan tertuduh sebanyak dua kali pada hari kanak-kanak istimewa itu dilaporkan hilang pada 18 Februari lalu.

Wanita yang tinggal di aras sama dengan ibu bapa arwah Zayn Rayyan itu berkata, ketika naik, tertuduh memakai baju berwarna putih dan tudung serta kain seperti seluar palazzo hitam.

Kali kedua pertemuan mereka pula katanya, Ismanira mengenakan tudung bercorak dengan warna sedikit gelap.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.