Masalah ketiadaan pad bila waktu emergency adalah satu mimpi ngeri yang sangat menakutkan bagi setiap kaum perempuan!
“Ada pad tak?”
Pasti kebanyakan kaum wanita pernah merasai masalah ini tak kira di mana jua situasinya. Kadang-kadang dekat sekolah, dekat office atau pun yang paling ngeri ialah dekat tempat awam. Bayangkan lah kalau keluar ke mall sorang-sorang lepastu masa tu juga lah nak period dan tak ada pad! Memang pasrah habis tebalkan muka minta tolong mana-mana strangers kan?
Tapi korang perasan tak, kaum perempuan tak pernah ada isu nak berkira bagi pad dekat sesiapa yang tengah urgent perlukan.
Benda paling tak ragu-ragu nak bagi kalau ada perempuan lain tiba minta adalah Pad.
Tak kisahlah baru terjumpa dekat tandas awam dimana pun…
"Cik maaf, ada pad tak?"
"Ada ada ada… Nah! Cukup ke satu? Ambik dua."— Jo Rahim ?? ? (@Jo_Rahim) October 31, 2021
Melalui tweet yang dikongsikan ini, ramai yang boleh relate dengan isu tak ada pad ini dan rata-rata kaum perempuan confirm tolong satu sama lain bila berdepan dengan situasi macam ni. Kadang-kadang ada yang siap bagi pad lebih lagi!
Jika dilihat di ruangan replies, ramai yang menceritakan pengalaman dan habit masing-masing apabila berdepan dengan isu ini.
Selain daripada isu ketiadaan pad waktu emergency, ada juga yang berkongsi pengalaman ditegur dan dibantu ketika mengalami kebocoran.
Kaum wanita ni sebenarnya sangat menghargai sesiapa sahaja yang tolong atau tegur mereka bila waktu bocor atau period. Kaum lelaki pun boleh je nak tegur kalau berdepan situasi macam ni tapi kalau boleh tegurlah dengan cara yang baik. Lebih baik kalau minta tolong mana-mana kaum perempuan di sekitar kawasan itu untuk tolong tegurkan.
Sekarang ni dah tak perlu malu nak cakap isu period dan pad ni dah…girls, biasakan untuk ready pad dalam beg ke mana saja kita pergi okay. Kalau kita tak period pun masa tu manatau ada orang lain yang memerlukan. Boleh tolong…