Spekulasi mengenai pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran sejak dua tiga hari ini akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan hari ini sebentar tadi.
Meskipun kedua-duanya tidak mahu membuka mulut mengenai hubungan mereka sejak dari awal digosipkan bersama, namun menerusi Instagram pengacara Neelofa dan ahli keluarga pasangan ini telah memuat naik foto dan video pernikahan tertutup tersebut.
Menerusi IG story masing-masing, kelihatan Nabila cantik berbusana pengantin berwarna putih dan Engku Emran pula kelihatan sedang berjabat tangan untuk melafaz akad nikah.
Majlis tersebut pula berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing.
Walau bagaimanapun, masih tiada kenyataan lanjut daripada Nabila mahupun Engku Emran sendiri mengenai pernikahan ini.
Apa-apapun kita doakan semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!