Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan update terkini aplikasi MySejahtera bagi membendung penularan Covid-19.
Menerusi rantaian tweet dari akaun Twitter beliau @Khairykj, Khairy memaklumkan aplikasi MySejahtera kini boleh mengesan kotak rapat Covid-19.
Khairy juga berkata ciri checkout di aplikasi MySejahtera tidak lagi dipakai dan ciri tersebut kini digantikan dengan pengesanan kontak rapat yang terkini.
Walaubagaimanapun, untuk pengguna aplikasi MySejahtera di platform Google dan Apple masih perlu menunggu untuk mendapatkan update terkini dari pengeluar mereka. Jelas Khairy, ciri terbaharu ini telah dihantar kepada Google dan Apple dan masih menunggu pihak mereka untuk menyenaraikan ciri terbaharu ini dalam masa terdekat.