in

“Musa Diambil Keluar Rumah Tanpa Izin Ketika Saya Berada Di Luar Negara”- Mizz Nina

Mizz Nina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang dakwaan penyanyi, Noh Hujan dikatakan telah melanggar perjanjian dengan memuat naik foto wajah anak angkat bekas isterinya Mizz Nina iaitu Musa di media sosial.

Dalam sebuah video permohonan maaf Noh baru-baru ini, penyanyi tersebut telah menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui tentang perjanjian bekas isterinya dengan ibu kandung Musa.


3 1 4

Perjanjian itu adalah di mana mereka tidak boleh berkongsi gambar wajah Musa di mana-mana platform media sosial.

Pagi tadi, Mizz Nina pula telah menjelaskan apa yang berlaku kerana sebelum ini juga, Noh didakwa telah melarikan Musa dari rumah Mizz Nina.

Menurut perkongsian Mizz Nina di Instagram, Musa telah dibawa keluar dari rumah tanpa pengetahuan dan izinnya kerana pada ketika itu, dia sedang berada di luar negara.

Mizz Nina turut menjelaskan bahawa dia mengambil Musa menjadi anak angkatnya yang sah di sisi undang-undang sejak hari kedua Musa lahir dan Musa juga telah disusui sendiri olehnya.

WhatsApp Image 2024 01 28 at 10.43.23 AM

Artikel Berkaitan: “Tiada sebarang insiden perebutan” – Noh Salleh Tepis Dakwaan ‘Culik’ Anak

Artikel Berkaitan: “Manisnya!” – Majlis Resepsi Mizz Nina Di KL Meriah, Ramai Rakan Artis Datang

Ketika Musa dibawa keluar rumah tanpa pengetahuan dan izin Mizz Nina, dia turut mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui keberadaan Musa dan tidak menerima berita tentang keadaan Musa selama lebih tiga minggu.

Tambahnya lagi, pada masa yang sama, bekas suaminya itu telah memuat naik wajah Musa di media sosial dan turut mengatakan bahawa dia tidak mengetahui tentang perjanjian terbabit namun menurut pendedahan Mizz Nina di Instagram, bekas suaminya itu tahu tentang perkara berkenaan.

WhatsApp Image 2024 01 28 at 10.47.32 AM

Menurut Mizz Nina lagi, apabila dia dan Noh bercerai, Noh telah menandatangi dokumen yang sah di sisi undang-undang yang memberi Mizz Nina hak sepenuhnya untuk menjaga Musa.

Bermula saat itu juga, difahamkan, Noh tidak lagi berhak untuk menjaga Musa.

Sumber: Instagram @officialmizznina

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.