Bila sebut pasal bulan puasa ini, salah satu perkara yang akan terlintas dalam otak kita adalah bazar Ramadan, di situlah kita akan melihat pelbagai juadah yang boleh menduga ‘iman’ kita.
Malah, bazar yang menjual pelbagai juadah ini kalau kita lihat memang meriah dari tahun ke tahun, rambang mata jadinya. Malah, tapak bazar kalau kita lihat memang luas!
“Tengok je dah penat”
Antara bazar yang selalu kita tengok adalah TTDI, Stadium Shah Alam, Putrajaya dan macam-macam lah dan terbaru ni ada satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok yang menunjukkan satu keadaan bazar yang terletak di Kedah.
Menurut @hafizaquafiz, lokasi bazar tersebut terletak di Taman Ria Sungai Petani, Kedah. Dalam video yang berdurasi 1 minit 36 saat itu menunjukkan rakaman dari atas menunjukkan ‘panjang’ barisan peniaga bazar. Malah, dilihat dalam rakaman itu, macam-macam menu yang dijual.
@hafizaquafiz Replying to @Leeee_na betoi Bazar Ramadan Taman Ria Sungai Petani, Kedah ni memang sempoi. Panjang gila & macam-macam ada ???? Next nak bazar apa pulak? #lipurdesa #inspirasiramadan #puasa #foodreview #makanlokal #bazarramadan #iftar
Bagaimanapun, ramai netizen yang melihat video ini merasakan ianya bukanlah satu perkara yang berbaloi kerana bagi mereka orang tak akan berjalan sehingga ke penamat dan ada juga yang menyifatkan menu sama yang mungkin akan dijual di bazar tersebut.
@hafizaquafiz Replying to @Leeee_na betoi Bazar Ramadan Taman Ria Sungai Petani, Kedah ni memang sempoi. Panjang gila & macam-macam ada ???? Next nak bazar apa pulak? #lipurdesa #inspirasiramadan #puasa #foodreview #makanlokal #bazarramadan #iftar
Video tersebut juga turut tular di Twitter dan meraih lebih daripada 1,600 jumlah perkongsian. Netizen juga bersimpati apabila melihat nasib peniaga lain yang mungkin tidak dapat melariskan perniagaan mereka dan bimbang berlaku pembaziran.
Hurm, betul juga tu, takut berlaku pembaziran, tapi nak buat macam mana, ni lah caranya peniaga nak survive masa bulan puasa dan juga mereka yang nak cari duit lebih atau mungkin peluang untuk mereka yang kesempitan dapatkan duit.
Baca : “Sebungkus RM 15” – Gerai Nasi Ayam Berempah Di Bazar Puchong Sudah Ditutup