in

Murid Luka & Patah Ibu Jari Kaki, Dilanggar Pemandu Mabuk Depan Sekolah

Murid Dilanggar Pemandu Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid tahun lima mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai mabuk, pada pagi Khamis.

Ketika kejadian, mangsa sedang melintas jalan ke sekolah sebelum dilanggar oleh kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek.


Akibat kemalangan itu, mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Port Dickson mengalami kecederaan patah pada ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan.

Screenshot 2024 10 25 104627

Artikel berkaitan: “Saya hampir ma*t” – Shaza Bae Terlibat Kemalangan Gara-gara Pemandu Mabuk

Artikel berkaitan: Pemandu Cuai Hampir Ragut 3 Nyawa Sekeluarga, Tak Rasa Bersalah ‘Post Content’ Happy Di TikTok

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, pemandu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar mangsa yang sedang melintas.

“Kejadian menyebabkan mangsa patah ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan,” katanya.

Susulan itu, polis telah menahan pemandu berusia 28 tahun itu dan ujian saringan yang dilakukan menunjukkan bacaan alkohol suspek sebanyak 230mg alkohol/100ml darah (lebihan 153mg alkohol/100ml darah).

464423909 454182434447992 13342967636860335 N

Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video memaparkan kejadian sebuah kereta telah melanggar lampu isyarat dan hampir merempuh seorang pelajar yang sedang melintas jalan. Susulan pelanggaran itu, murid terbabit kelihatan membongkok menahan sakit.

Sumber: Instagram, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.