Kebiasaannya kenderaan muatan berat tidak sepatutnya menggunakan jalan raya ketika waktu sesak ataupun peak hour. Ini adalah kerana untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.
Sebentar tadi tular satu berita yang melaporkan mengenai seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1638439043829473281
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berikutan kemalangan tersebut pada 11:25 pagi.
Beliau memberitahu, kejadian tersebut telah melibatkan sebuah lori treler yang melanggar motosikal yang dinaiki mangsa bersama seorang wanita berusia 54 tahun yang dipercayai pengasuh mangsa dan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun.
Difahamkan, pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan baru sahaja mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” kata Morni.
Menurut sumber, mayat mangsa telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Selain itu, ada juga warganet yang menitipkan pesanan agar pemandu-pemandu lori sentiasa beringat tentang blind spot mereka ketika memandu. Hal ini kerana, ada sesetengah pemandu yang dilihat suka melekatkan sticker pada cermin hadapan kenderaan mereka yang menambah risiko blind spot kepada para pemandu.
Rasanya geng-geng pilot darat dah boleh ingatkan sesama sendiri yang cermin hadapan tu biar kosong tak perlu tampal apa-apa pelekat. Bukan apa, kalau jadi kes macam ni, kang ada yang persoal kadar penglihatan pemandu bila cermin penuh dengan benda yang tak perlu.
— obey ?? (@ZubirMarsan) March 22, 2023
Al-Fatihah kepada mangsa…
Sumber : Sinar Harian, Twitter
Baca : Pelajar Darjah 5 Maut Dihempap Tiang Gol Di Padang Sekolah