in

Murid 6 Tahun Didakwa Didera, Guru Beri Alasan Sebab Tak Tahu Mengeja & Tak Siap Kerja Sekolah

guru dera murid 6 tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid lelaki berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera guru wanita di sebuah pra sekolah di Ipoh, sejak September tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Aiza Salzul Hanira Zulkapli yang mendakwa guru berusia 30-an itu memukul kepala, merotan, mencubit telinga dan pernah menampar pipi anak lelakinya sehingga meninggalkan kesan lebam teruk.


Artikel berkaitan: “Semua budak lari takut” – Ibu Dedah Cikgu Suka Gigit Bibir Murid, Anak Trauma Ke Sekolah

Artikel berkaitan: “Dah tak tahan…” – Budak Lelaki 6 Tahun Lari Lepas Didera Bapa & Ibu Tiri

d

 

Anak trauma ke sekolah

Menurut ibu tunggal itu, perkara tersebut disedari selepas anaknya mula menunjukkan perubahan emosi, murung selain tidak mahu ke sekolah.

Katanya, perkara berkenaan sudah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah, namun alasan diberikan anaknya tidak tahu mengeja dan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Susulan itu, dia membuat aduan dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan maklum balas diberikan bahawa kejadian tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal menyebabkan tiada tindakan diambil terhadap guru tersebut.

“Bulan lalu, anak saya sekali lagi mengalami lebam teruk di kedua-dua tapak tangan kesan cubitan kuat.

“Saya terpaksa membawanya menerima rawatan di hospital dan doktor maklumkan kesan cubitan mendatangkan kecederaan pada tisu lembut,” katanya.

Kecewa dengan SISPAA, Aiza Salzul telah membuat tiga laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anaknya agar siasatan lanjut dapat dilakukan ke atas guru berkenaan.

Difahamkan, pihak polis akan menyemak semula laporan yang dibuat ibu tunggal terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.